KUALA LUMPUR, 19 Mac ―Bekas menteri kewangan Lim Guan Eng mengaku dirinya bebas Covid-19 melalui satu hantaran dimuat naik di laman sosial Twitter.
Pendedahan dibuat menerusi kapsyen sebuah foto menunjukkan beliau sedang menikmati hidangan makan tengah hari di rumahnya, hari ini.
“Sedang menikmati bihun goreng di rumah sebagai hidangan makan tengah hari. Percaya atau tidak, saya masak sendiri hidangan ini.
“Saya juga disahkan tidak dijangkiti wabak Covid-19,” katanya.
Having fried mee hoon at home for lunch. Believe it or not I cooked it myself... Also tested negative for covid-19.#HowAboutYou #WhatsYourLunch pic.twitter.com/Ob1mlDDWxn— Lim Guan Eng (@guanenglim) March 19, 2020
Sebelum ini, Ahli Parlimen Sarikei Wong Ling Biu telah dimasukkan ke Hospital Sibu selepas disyaki dijangkiti wabak Covid-19.
Wong dikatakan menghadiri beberapa mesyuarat politik di Kuala Lumpur pada 29 Februari lalu susulan kemelut politik melanda negara.
Beliau menerima rawatan sebagai pesakit dalam siasatan (PUI) di hospital itu dan berada dalam pemantauan rapi.