Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Israel serang Gaza ketika seluruh dunia berhadapan covid-19



BAITULMUQADDIS: Israel telah menyerang kubu Hamas di Semenanjung Gaza pada Jumaat ketika dunia berhadapan dengan wabak koronavirus.

Sebanyak 7 kes Covid-19 baru disahkan pada pagi Isnin di Palestin, menjadikan jumlah keseluruhan 115 orang disahkan positif.

Menurut kenyataan Israel, serangan itu adalah sebagai tindak balas terhadap roket yang dilepaskan dari kawasan Palestin, kata tentera Israel.

Tentera Israel berkata roket itu dilancarkan pada petang Jumaat tanpa memberi bukti dan butiran lanjut mengenai kerosakan dan kehilangan nyawa yang berlaku di pihak Israel.




Media tempatan Israel pula melaporkan bahawa roket itu jatuh di kawasan terbuka tanpa mencederakan sesiapa.

"Sebagai tindak balas, pesawat pejuang dan kereta kebal menumpukan serangan yang disasarkan ke atas infrastruktur yang digunakan untuk aktiviti bawah tanah milik organisasi pengganas Hamas," kata tentera Israel.

Letupan yang dihasilkan dari serangan tentera Israel di kota Gaza

Sumber keselamatan di Gaza mengesahkan beberapa serangan Israel di pangkalan Hamas dekat Beit Lahia di utara Gaza.

Hamas didakwa melancarkan lebih daripada 80 roket dan mortar ke arah Israel selepas tentera Israel membunuh seorang militan yang didakwa menanam bom di sempadan pada 23 Februari 2020.

BACA: PM Israel jalani ujian setelah pembantunya positif Covid-19

-Tun Carlos