Jangan serbu Balai Polis, sekatan perjalanan antara negeri ditarik balik -KPN
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menarik balik perintah larangan keluar akibat Covid-19 dari satu negeri ke negeri lain, malam ini.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, berkata arahan itu dibuat selepas mendapati orang ramai berpusu-pusu mengisi dokumen keluar di balai polis seluruh negara.
BACA: Balai Polis seluruh negara diserbu orang ramai gara-gara pengumuman KPN
“Sehubungan dengan itu, kami menarik balik larangan itu dan orang ramai boleh melakukan perjalanan dengan selamat, secara berhemah malam ini.
“Tiada sebarang sekatan akan dikenakan ke atas mereka sehingga satu keputusan baru bakal diumumkan selepas mesyuarat berhubung perkara ini, esok,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.
BACA: Viral gambar pengkebumian mangsa Covid-19 di Johor
BACA: Jumlah terkini Covid-19