Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Kematian ke 11 direkodkan



KUALA LUMPUR: Pengarah KKM, Datuk Noor Hisham Abdullah mengumumkan satu lagi kematian akibat Covid-19 dicatatkan di negara ini menjadikan jumlah keseluruhan kepada 11 orang.

Kes kematian kesebelas ini (kes ke-1070) merupakan seorang warganegara Malaysia berusia 70 tahun dengan latarbelakang penyakit kronik.




Beliau mempunyai sejarah perjalanan ke Indonesia pada bulan Februari 2020. KKM juga dimaklumkan bahawa beliau merupakan Pengerusi surau kawasan setempat beliau.

Beliau telah mula menunjukkan gejala seminggu sebelum dimasukkan ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM pada 18 Mac 2020.

Beliau telah disahkan positif COVID-19 pada 19 Mac 2020 dan diberi bantuan pernafasan di Unit Rawatan Rapi (ICU). Kesihatannya merosot hari demi hari dan telah disahkan meninggal dunia pada 22 Mac 2020 jam 9.05 malam.

BACA: Jumlah terkini Covid-19 

BACA: Doktor di Italy dedah bagaimana COvid-19 merebak cepat di negara itu

sumber: FB Noor Hisham