KUALA LUMPUR: Menteri Kesihatan mengumumkan Malaysia sudah mempunyai rekod kematian sebanyak dua orang akibat Covid-19.
Seorang mangsa adalah dari Johor berumur 34 tahun yang pernah menghadiri perhimpunan majlis ijtimak tabligh di Masjid Jamek di Sri Petaling.
Beliau mula mengalami gejala demam mulai 5 Mac dan mendapat rawatan di hospital Permai Johor Bharu pada 12 Mac setelah dikesan positif covid-19.
Yang ke dua adalah dari Sarawak iaitu seorang paderi warganegara Malaysia yang berumur 60 tahun yang mempunyai sejarah sakit kronik.
Beliau mengalami gejala deman batuk dan sukar bernafas pada 7 Mac. Beliau mendapat rawatan pada 14 Mac di Hospital umum Sarawak setelah dikesan positif covid 19.
BACA: Viral gambar pengkebumian mangsa Covid-19 di Johor