Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Kenyataan Ketua Polis Negara mengenai berita anak Guan Eng ditangkap polis Singapura



Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador menafikan dakwaan anak bekas menteri kewangan Lim Guan Eng ditangkap di Singapura kerana membawa keluar duit bernilai RM2 Juta.

"Tidak benar," jawab beliau ringkas apabila ditanya Malaysiakini mengenai spekulasi anak setiausaha agung DAP itu berhadapan masalah dengan pihak berkuasa republik itu.

Berita mengenai penangkapan anak Lim Guan Eng itu telah tular sejak kelmarin di media sosial.




Seorang ahli keluarga Lim yang enggan dinamakan turut menyangkal dakwaan tersebut.

Terdahulu, akhbar berbahasa Cina, Nanyang Siang Pau melaporkan anak seorang "pemimpin kanan Pakatan Harapan" ditahan selepas cuba membawa RM2 juta masuk ke Singapura.

Blog Malaysia Today kemudian dipetik laporan Nanyang menyatakan anak muda terbabit ialah anak lelaki Lim. -MalaysaKini