Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Keputusan Covid-19 peguam Najib sudah keluar, pihak pendakwaan pula disaring


Peguam DS Najib Razak, Tan Sri Shafee Abdullah menjalani pemeriksaan selepas mempunyai kontak dengan individu yang disyaki menjadi kontak rapat dengan seorang pesakit Covid-19.

Dia kemudian menjalani kuarantin sejak 12 Mac lalu, menyebabkan perbicaraan Najib Razak untuk kes dana 1MDB berjumlah RM2.28 bilion ditangguhkan.

Hari ini Shafee telah disahkan negatif Covid-19. Beliau memaklumkan perkara itu kepada Astro Awani menerusi pesanan mesej.

Pihak pendakwaan dalam perbicaraan Najib itu turut membuat pemeriksaan Covid-19 semalam.




Perbicaraan dijangka akan diteruskan pada Khamis dan Jumaat minggu depan, tertakluk kepada hasil ujian Covid-19 terhadap Shafee serta pasukan pendakwaan.

Pada mulanya pemeriksaan balas terhadap saksi pendakwaan kesembilan, bekas CEO 1MDB Shahrol Azral Ibrahim Halmi dijadual diteruskan pada Khamis lalu.

Sebelum ini, dia telah memberi keterangan selama 22 hari, dan diperiksa balas oleh peguam selama 15 hari.

Najib sedang dibicarakan untuk empat pertuduhan oleh Kerajaan sebelum ini berkenaan salah guna kuasa dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram berkaitan dengan RM2.28 bilion yang didakwa berasal dari 1MDB, melalui Tanore Finance Corporation.




Tanore Finance dikatakan dimiliki oleh Eric Tan, yang didakwa menjadi sekutu Low Taek Jho, individu utama dalam skandal 1MDB. Sehingga hari ini, belum dapat dibuktikan lagi Najib terlibat dalam apa pun salahlaku.

Dalam perkembagan terbaru berkaitan Covid-19, 18 pegawai polis dan keluarga mereka telah disahkan negatif virus itu tetapi masih menjalani kuarantin, menurut laporan Bernama.

The Star pula melaporkan bahawa Anggota Parlimen Sarikei Wong Ling Biu telah dimasukkan ke hospital, dan juga sedang menjalani ujian Covid-19.

BACA: Jumlah terkini Covid-19 seluruh dunia