Kes SRC Najib: Latheefa Koya bagi alasan tak dapat beri keterangan hari ini
MAHKAMAH Duta, Kuala Lumpur- 9.47 pagi: Ketua Pesuruhjaya SPRM Latheefa Koya tiba di mahkamah.
Beliau kemudian berkata tidak dapat memberi keterangan hari ini, dan hanya dapat berbuat demikian pada Khamis ini.
Lateepa Koya memaklumkan pada mahkamah, dia tidak dapat memberi keterangan pada hari ini kerana mempunyai mesyuarat yang tidak boleh dielakkan bersama beberapa agensi penting.
Dia juga bersetuju untuk ditemubual oleh pasukan pembelaan sebelum memberi keterangan di kandang saksi. Hanya pada hari Khamis ini, dia bersedia memberi keterangan di kandang saksi.
Hakim YA Mohd Nazlan bersetuju dengan permohonan Lateepa Koya.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Latheefa Koya antara saksi yang sedia dipanggil pembelaan dalam perbicaraan terhadap Najib Razak berhubung dakwaan penyalahgunaan dana SRC International berjumlah RM42 juta hari ini.
Semalam, di akhir perbicaraan, ketua pembelaan Muhammad Shafee Abdullah memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa Latheefa dan bekas penasihat undang-undang MIC, Selva Mookiah adalah dua saksi yang akan dipanggil hari ini.
Pembelaan mahu memanggil Latheefa untuk memberi keterangan berkenaan pendedahan SPRM pada 8 Januari lalu, berkenaan rakaman audio perbualan didakwa melibatkan tertuduh dengan beberapa individu berkaitan skandal 1MDB.
-Tun Carlos