Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Kini ada virus baru dikesan di China, seorang mati, 32 masih diuji



ANKARA: Ketika penularan pandemik COVID-19 menurun di China, seorang rakyat negara itu dilaporkan maut akibat "hantavirus" yang juga satu lagi jenis penyakit berjangkit.

Menurut agensi berita Anadolu yang memetik laporan akhbar tempatan harian China, The Global Times, semalam, mangsa adalah lelaki berasal dari wilayah barat daya Yunnan.

“Seorang lelaki dari Wilayah Yunnan meninggal dunia ketika dalam perjalanan pulang ke Wilayah Shandong untuk bekerja, di dalam sebuah bas disewa pada Isnin lalu,” ciap akhbar itu.




Tambahnya, 32 lagi penumpang bas itu kemudian menjalani saringan kesihatan, namun maklumat mengenai keputusan ujian terbabit tidak dinyatakan.


Penyakit bawaan virus itu kali pertama dilaporkan di Amerika Syarikat (AS) pada 1993 di mana ia dipindahkan kepada manusia oleh tikus.

Menurut Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit berpangkalan di AS, pemindahan virus itu daripada manusia kepada manusia tidak pernah ditemui kecuali di Argentina pada 1996 apabila wujud pandangan bahawa ‘hantavirus di Amerika Selatan boleh dipindahkan daripada manusia kepada manusia’.




Perkembangan baharu itu berlaku ketika seluruh dunia sedang bergelut untuk membasmi wabak COVID-19.

Berbanding COVID-19 yang mempunyai simptom seperti batuk, demam dan kesukaran bernafas, jangkitan hantavirus dalam badan akan mengakibatkan kelesuan, sakit otot serta sakit kepala.




INFO:

  • Sindrom Pulmonari Hantavirus (HPS) adalah penyakit pernafasan yang teruk, kadang-kadang membawa maut kepada manusia akibat jangkitan hantavirus.
  • Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit China, hantavirus adalah daripada keluarga virus yang merebak melalui tikus dan boleh menyebabkan pelbagai penyakit ke atas manusia.
  • Menurut Perkhidmatan Kesihatan Awam Kanada, hantavirus boleh dijangkiti melalui partikel virus daripada air kencing, tahi atau air liur tikus.
  • Gigitan tikus didakwa boleh menyebabkan jangkitan walaupun jarang berlaku.
  • Hantavirus mempunyai tempoh pengeraman pendek antara satu hingga lapan minggu.
  • Simptom pesakit termasuklah demam, keletihan dan sakit otot.
  • Gejala lain termasuklah badan menggigil, sakit perut, sakit kepala, pening, mual, muntah dan cirit-birit.
  • Pada peringkat seterusnya, paru-paru pesakit yang dijangkiti akan dipenuhi bendalir menyebabkan mangsa mengalami kesukaran bernafas.
  • Manusia boleh dijangkiti hantavirus apabila bersentuhan dengan tikus yang membawa virus.
  • Hantavirus boleh berjangkit jika seseorang menyentuh mata, hidung atau mulut selepas menyentuh kotoran, air kencing atau kawasan sarang tikus.