Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Mahathir hairan PAS masih sokong Mukhriz di Kedah



Sebelum bekas bakal PM ke-8 Anwar Ibrahim pelik, Tun Mahathir terlebih dahulu menyatakan rasa pelik apabila PAS masih menyokong kerajaan negeri yang diterajui anaknya, Mukhriz di Kedah.

Mahathir berkata, PAS boleh menjadi kerajaan negeri tetapi masih memberi sokongan kepada pemimpin Bersatu.




"Di Kedah, (kerajaan negeri) masih kekal Bersatu, tapi yang pelik adalah PAS. Dia boleh jadi kerajaan (negeri), tapi setakat ini masih lagi beri sokongan kepada pemimpin daripada Bersatu.

"Saya tak tahulah berapa lama (sokongan kepada Bersatu) kerana PAS di Kedah ini pun akan kena tekanan daripada ibu pejabat PAS, kemudian boleh jadi (kerajaan negeri) berpecah," katanya seperti dilaporkan BH Online, hari ini.




Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penerangan Isu Politik Semasa di Langkawi, malam tadi.

Dr Mahathir yang juga anggota parlimen Langkawi turut menyatakan kemungkinan pimpinan PAS Kedah akan menerima tekanan daripada pimpinan pusat parti berkenaan.

Sebagai rekod Kedah mempunyai 36 kerusi dewan undangan negeri (DUN) iaitu 15 kerusi PAS, PKR (7), Bersatu (6), Umno (2), Amanah (4) dan DAP (2).




Sementara itu mengulas mengenai kedudukannya dalam Bersatu, Dr Mahathir menjelaskan beliau masih pengerusi parti itu.

Namun beliau mengakui parti itu kini berpecah dua kumpulan yang menyokong presidennya Muhyiddin Yassin dan kumpulan yang tidak menyokong.