Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Makin serabut, Bersatu kini ada 2 Setiausaha Agung



Parti Bersatu kini mempunyai dua orang Setiausaha Agung, dengan masing-masing menyokong pengerusi parti, Dr Mahathir Mohamad dan presiden parti Muhyiddin Yassin.

Setiausaha Agung sebelum ini Marzuki Yahya telah dipecat dari jawatan setiausaha agung pada 18 Mac lalu oleh Muhyiddin.

Bagaimanapun menurut Pengerusi parti itu, Tun Mahathir berkata tindakan itu terbatal dan tidak sah kerana tidak memenuhi peraturan parti.




Menurut Mahathir, peraturan tersebut menyatakan bahawa setiap apa keputusan mengenai penyingkiran atau pelantikan seorang Setiausaha Agung mesti perlu merujuk kepadanya dahulu.

Tanpa menghiraukan Mahathir, hari ini Muhyiddin mengumumkan bahawa beliau telah melantik Hamzah Zainuddin sebagai Setiausaha Agung baru berkuatkuasa 18 Mac.

“Sehubungan itu, segala tugas setiausaha agung seperti yang termaktub dalam perlembagaan Bersatu hendaklah dijalankan oleh Hamzah Zainuddin,” kata Muhyiddin yang juga adalah perdana menteri.




Hamzah turut dilaporkan telahpun memulakan tugasnya sebagai setiausaha agung. Hamzah mengarahkan semua cawangan parti yang masih belum mengadakan mesyuarat agung tahunan mereka untuk menangguhkannya.

Surat dengan arahan sama yang dihantar oleh Marzuki sebelum ini dikatakan tidak sah.

Muhyiddin menegaskan bahawa Mahathir bukan lagi Pengerusi Bersatu kerana Mahathir sendiri telah meletakkan jawatannya sebagai Pengerusi Bersatu pada 24 Febuari yang lalu.

Tetapi sebaliknya Mahathir mengatakan beliau masih Pengerusi parti tersebut kerana menurutnya parti itu menolak keputusannya untuk letak jawatan.

Pening kepala kalau melayan orang yang tamak dan gila kuasa macam Tun Mahathir. Apapun ramai yang kasihan kepada Anwar Ibrahim kerana hajatnya untuk menjadi Perdana Menteri digagalkan sendiri oleh Mahathir.

-Tun Carlos