Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

NAJIB: Pastikan rakyat ada duit belanja bagi mengelak impak berangkai Covid-19


Menurut Bekas Perdana Menteri DS Najib Razak, pada dua minggu lepas, beliau sudah nyatakan keadaan ekonomi yang bakal kita hadapi. Hari ini ia benar-benar sudah berlaku.

Berikut adalah pandangan beliau mengenai bagaimana cara untuk memulihkan kembali ekonomi negara selepas diserang wabak Covid-19.

PANDANGAN: DS Najib Razak

Syarikat-syarikat mahu memotong gaji pekerja.

Ada yang membuang kerja terus.

Banyak yang terjejas akibat coronavirus dan keadaan ekonomi lembab akibat dasar PH dahulu.

Bagi saya, kita perlu melihat lebih kepada pertimbangan kebajikan.

Gaji pekerja-pekerja tidak lah besar.

Apabila gaji pekerja dipotong, banyak impaknya.

Sukar bayar bil dan ansuran kereta, ansuran rumah, ansuran pinjaman peribadi.

Ada yang tidak cukup untuk sara keluarga.




Ramai yang terpaksa ikat perut dan kurangkan perbelanjaan.

Apabila ini berlaku, pelanggan di kedai makan, peruncit dan peniaga kecilan pun berkurangan.

Pendapatan mereka turut terjejas.

Maka mereka pula terpaksa kurangkan pembelian daripada pemborong dan pengilang.

Dan seterusnya.

It is a chain effect. Impak berangkai.

Apakah langkah seterusnya?

Kerajaan perlu memastikan rakyat mempunyai duit untuk belanja. Disposable income atau pendapatan boleh lupus.

We must put money into the rakyat's hands.

Sumber: FB Najib Razak

BACA: Jumlah terkini Covid-19 

BACA: Cara mohon bantuan khas Covid-19