Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Najib tanya mana songkok Mujahid?



KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri DS Najib membalas video kenyataan bekas Menteri Agama Mujahid Rawa yang mempersoal mengenai apa gunanya Kerajaan "pintu belakang" sedangkan dakwanya Kerajaan Pakatan Harapan (PH) sudah meletakkan negara di landasan yang betul.

Mujahid mengetweet kenyataan demikian di twitter beliau.




Tanpa berlengah masa, Najib membalas dengan satu posting troll terhadap kenyataan Mujahid.

"Kekanda kata kerajana PH lebih stabil. Namun kekanda tak beritahu kenapa kerajaan yang kononnya lebih stabil boleh kalah 5 PRK berturut-turut kepada BN?"




"Kenapa PKR boleh berpecah? Kenapa PPBM boleh berpecah? Dan kenapa kerajaan yang kononnya lebih stabil boleh tumbangkan sendiri?

Najib juga meminta Mujahid supaya berhenti meroyan.




"Kerajaan PH stabil celah mana? Relax la kanda. Henti meroyan. Anggap sahaja kekalahan PH ni sebagai Rahmatan lil alamin."

"Eh... mana songkok?" soal Najib hairan kerana ketika menjawat jawatan Menteri, Mujahid seringkali bersongkok. Tapi bila sudah hilang kerja, beliau tampil dengan imej tanpa songkok pula.

-Tun Carlos