Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Najib terkilan dengan perletakan jawatan Latheefa Koya



KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri DS Najib Razak melahirkan rasa terkilan selepas mengetahui mengenai perletakan jawatan Ketua SPRM iaitu Latheefa Koya.

Beliau terkilan kerana perletakan jawatan itu terlalu awal kerana Latheefa masih belum sempat untuk membuka semula kes rasuah Banglo dan Terowong Lim Guan Eng dan pelbagai lagi kes rasuah yang melibatkan pemimpin Pakatan Harapan.




Berikut adalah nukilan Najib di Facebooknya:

Latheefa Koya sah letak jawatan.

Amat sayang sekali bahawa Latheefa tak sempat untuk membuka semula kes Banglo dan terowong Guan Eng.

Di bawah Latheefa, SPRM hanya menulis surat kepada parti PKR apabila mendapati ada salah laku pemimpin parti. Tak di dakwa pula.




Saya juga tak ingat jika SPRM di bawah dia pernah mendakwa mana-mana pemimpin PH sepanjang masa dia menjawat sebagai lantikan politik.

Namun, Latheefa mencatat sejarah sebagai ahli parti politik pertama yang dilantik sebagai ketua SPRM.

Dia juga ketua SPRM pertama yang mendedahkan rakaman audio atau video secara umum sebelum apa-apa siasatan bermula dan sebelum rakaman tersebut disahkan tulen.

BACA: Latheefa Koya serah surat letak jawatan kepada PM

-Tun Carlos