Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

"Nak tipu rakyat Malaysia boleh lah, kan dah kena." -Najib sindir Syed Saddiq



KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri DS Najib Razak telah memberi respon kepada temubual antara bekas Menteri Belia Syed Saddiq dengan Al-Jazeera.

Najib memuat naik video temubual tersebut dan menyindir bekas Menteri Termuda itu kerana dilihat cuba mempertahankan Tun Mahathir dengan fakta yang berbelit-belit.




Dalam temubual itu, Syed Saddiq mempertahankan Tun Mahathir kononnya beliau adalah seorang yang tidak gilakan kuasa.

Tetapi kenyataan Syed Saddiq dibidas oleh hos rancangan tersebut kerana menurutnya Tun Mahathir sudah menjadi Perdana Menteri sebelum Syed Saddiq dilahirkan dan ketika usia mencecah hampir 100 tahun, Mahathir masih lagi ingin menjadi Perdana Menteri.




Di dalam posting Facebook DS Najib, beliau berkata orang asing pun boleh nampak penipuan pemimpin Pakatan Harapan.

"Nak tipu Rakyat Malaysia boleh lah.. Kan dah kena?

"Orang asing pun nampak permainan kerakusan kuasa korang. Rakyat yang jadi mangsa kerakusan kuasa PH."ujarnya di Facebook.

BACA: Syed Saddiq dimalukan dalam temubual antarabangsa (terjemahan penuh)

-Tun Carlos