Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

NFC harap kerajaan baru terima bayaran hutang yang pernah dihalang PH


KUALA LUMPUR: National Feedlot Corporation (NFC) yang dituduh terbabit dalam skandal pada tahun 2011 berharap kerajaan akan meluluskan cadangan untuk menyelesaikan hutangnya yang tertunggak.

NFC mencuri tumpuan apabila bekas anggota parlimen Pandan Rafizi Ramli menuduh syarikat membeli hartawan mewah menggunakan RM250 juta pinjaman kerajaan untuk projek ternakan lembu fidlot di Negeri Sembilan.




Syarikat itu diuruskan oleh Mohamad Salleh Ismail dan anak-anaknya. Mohamad Salleh merupakan suami kepada bekas Ketua Wanita Umno dan bekas menteri keluarga Shahrizat Abdul Jalil.

NFC mahu bayar hutang, tapi PH menolak

Salleh, dalam satu kenyataan hari ini, berkata pihaknya telah membuat cadangan pembayaran balik sejak November 2018 tetapi tidak diluluskan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH).




Salleh tidak memperincikan pelan pembayaran balik yang dicadangkan tetapi kerajaan menyaman NFC Jun lalu untuk mendapatkan semula jumlah keseluruhan baki hutang.

"NFCorp amat berharap untuk mendapat kelulusan daripada pihak kerajaan, khususnya Kementerian Kewangan, untuk melangsaikan baki pinjaman RM250 juta NFCorp daripada kerajaan.




"Cadangan penyelesaian ini telah dinyatakan melalui beberapa surat kepada Kerajaan Malaysia seawal satu tahun setengah lalu, pada bulan November 2018, sehingga paling terkini pada 4 Februari 2020.

PH tak mahu terima bayaran hutang dari NFC, tetapi mahu saman sivil dengan alasan sebab tak bayar hutang.

"Sehingga sekarang NFCorp tidak dapat kelulusan untuk membuat pembayaran balik itu, malah satu saman sivil terhadap NFCorp dan beberapa pihak telah dituntut oleh pihak peguam negara untuk pembayaran pinjaman tersebut," katanya.




Salleh berkata saman itu amat mengejutkan dan mengelirukan kerana NFCorp sudahpun setuju untuk membayar balik baki hutang seawal satu tahun setengah lalu, jika mendapat persetujuan Kementerian Kewangan.

"Saya berharap Peguam Negara dan Kementerian Kewangan akan memberi peluang yang adil dan saksama kepada pihak saya untuk menyelesaikan dan melangsaikan baki hutang pinjaman," katanya.




Kenyataan Salleh itu susulan perubahan kerajaan, yang mungkin menyaksikan pelantikan seorang menteri kewangan baru Selasa ini.

Kerajaan baru itu juga menyaksikan Hakim Mahkamah Persekutuan Idrus Harun dilantik sebagai peguam negara yang baru, Jumaat lalu.




Salleh didakwa melakukan pecah amanah berkaitan NFC tetapi dibebaskan pada 24 Nov 2015 selepas pihak pendakwaan memutuskan untuk menggugurkan pertuduhan terhadapnya.

Manakala Rafizi telah dihadapkan nke muka pengadilan di bawah akta BAFIA dan jika disabitkan bersalah akan menerima hukuman 30 bulan penjara kerana bersalah mendedahkan maklumat perbankan NFCorp pada 2012.




Mohd Rafizi melakukan kesalahan itu di Ibu Pejabat PKR di Merchant Square, Jalan Tropicana Selatan, Petaling Jaya, pada 7 Mac 2012 dan didakwa mengikut Seksyen 97(1) BAFIA.

Rafizi dilepaskan dari pertuduhan tersebut setelah Pakatan Harapan menang PRU14 dan menjadi Kerajaan menggantikan Barisan Nasional.

-Tun Carlos