Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Pekerja sektor swasta perlu rujuk majikan untuk dapatkan RM600


PUTRAJAYA: Majikan perlu membuat tuntutan bagi pihak pekerja untuk pelaksanaan Program Subsidi Upah yang diumum kerajaan semalam iaitu pemberian RM600 kepada pekerja setiap bulan.

Kementerian Sumber Manusia, melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) akan melaksanakan inisiatif baru kepada pekerja swasta di negara ini melalui majikan mereka yang terjejas akibat wabak COVID-19 seperti yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) pada 27 Mac 2020.

Sebanyak RM5.9 bilion telah diperuntukkan kepada Kementerian Sumber Manusia melalui Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) PERKESO bagi melaksanakan Program Subsidi Upah yang akan memberi manfaat kepada 3.3 juta pekerja swasta di negara ini.




Melalui inisiatif baru ini, majikan yang mengalami penurunan pendapatan lebih 50% sejak 1 Januari 2020 boleh membuat tuntutan kepada PERKESO sebanyak RM600 bagi tempoh 3 bulan untuk setiap pekerja berpendapatan bulanan RM4,000 ke bawah, yang berdaftar dan mencarum dengan SIP.


Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan untuk bantuan subsidi di bawah program ini adalah:

-Majikan tidak dibenarkan membuang pekerja
-Majikan tidak dibenarkan memotong gaji
-Majikan tidak dibenarkan mengarahkan pekerja mengambil cuti tanpa gaji bagi tempoh 3 bulan selepas program ini dilaksanakan.

Bayaran subsidi upah ini akan dikreditkan terus ke dalam akaun majikan dalam tempoh 7 hari daripada tarikh permohonan termasuk proses kelulusan.

Permohonan boleh dikemukakan oleh majikan melalui laman sesawang www.perkeso.gov.my




Selain daripada meringankan beban yang dialami pekerja di waktu yang sukar ini, inisiatif baharu ini akan membantu majikan untuk mengekalkan pekerja sedia ada tanpa perlu memberhentikan mereka dalam menghadapi cabaran semasa.

Program Subsidi Upah ini akan berkuatkuasa mulai 1 April 2020.

Ia adalah penambahbaikan dan perluasan kepada Program Pengekalan Pekerjaan (Employment Retention Program, ERP) yang telah diumumkan menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 pada 16 Mac lalu.

Kepada semua pekerja sila rujuk bersama majikan.

BACA: Kekurangan kondom berskala global membimbangkan

-Tun Carlos