Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Pelabur asing sudah mula berminat melabur di Malaysia



Sebuah syarikat pembekal makanan terbesar di Thailand telah memilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan terbaru setelah beberapa hari Muhyiddin Yassin menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-8.

Charoen Pokphand (CP) Group Thailand telah membeli kesemua rangkaian pasar raya terbesar Britain di Malaysia iaitu TESCO, dalam urus niaga bernilai AS$10.6 bilion (RM44.63 bilion).




Menurut Reuters, lembaga CP Group meluluskan perjanjian kepada anak-anak syarikatnya untuk membeli 100 %  Tesco Malaysia.

Selepas perjanjian selesai, Tesco berhasrat untuk memulangkan kira-kira 5 bilion pound (RM27.77 bilion) kepada para pemegang saham menerusi dividen khas dengan penyatuan saham yang berkaitan.




Pasar raya di Malaysia berdepan pertumbuhan lembab sejak pemerintahan kerajaan sebelum ini sehingga menyebabkan beberapa pasar raya Giant dan Cold Storage ditutup dan juga mengakibatkan puluhan ribu kehilangan pekerjaan.

Perkembangan terbaru ini menunjukkan pelabur sudah mula mempercayai Kerajaan Malaysia setelah selama 22 bulan negara ini diperintah oleh Kerajaan Pakatan Harapan ayng dilihat gagal dam lemah untuk menguruskan ekonomi dan kewangan negara.

Tesco adalah salah satu rangkaian pasar raya terbesar di Malaysia dengan 60 cawangan.