Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Pendakwaraya tak puas hati cara peguam Najib soalsiasat Latheefa Koya



Perbicaraan kes SRC International bersambung lagi hari ini.

9.56 pagi: Najib Razak memasuki kandang tertuduh.




10.02 pagi: Bekas ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Latheefa Koya memasuki kandang saksi dan bersedia untuk memberi keterangan.

Timbalan Pendakwa Raya, V Sithambaram, kemudian membangkitkan bantahan terhadap pasukan pembelaan yang cuba membuat Latheefa merujuk kepada arahan tetap SPRM mengenai proses pengumpulan bukti.




Kata Sithambaram arahan tetap SPRM itu termasuk dalam Akta Rahsia Rasmi (OSA) dan langkah dipohon pasukan pembelaan membawa bahaya kepada kekangan yang ada pada akta tersebut.

Bagaimanapun Shafee berkata ia tidak akan melanggar OSA kerana Latheefa hanya diminta untuk merujuk kepada dokumen, bukannya menyerahkan dokumen tersebut kepada mahkamah.




Untuk rekod, pada Khamis minggu lalu Shafee meminta Latheefa membawa arahan tetap SPRM itu untuk prosiding hari ini agar ia boleh dirujuk.

Proses mengumpul bukti yang dimaksudkan itu melibatkan rakaman audio didakwa berisi membabitkan Najib serta beberapa personaliti berprofil tinggi, termasuk Rosmah Mansur (isteri tertuduh) dan bekas ketua pesuruhjaya SPRM, Dzulkifli Ahmad.




10.28 pagi: Cara Shafee mengemukakan soalan kepada saksi tidak disenangi V Sithambaram.

Kata Sithambaram, tindakan peguam bela Najib itu menyoal Latheefa Koya seolah-olah proses pemeriksaan balas ke atas saksi pembelaan, bukannya pemeriksaan utama.

Terdahulu Shafee bertanya Latheefa mengenai cara sembilan rakaman audio berkaitan Najib mengenai 1MDB.




Katanya, Shafee cuba mencari-cari maklumat mengenai cara SPRM memperoleh rakaman audio tersebut.

"Ini nampak macam cubaan untuk melihat bagaimana SPRM bekerja," katanya.




Menurut Sithambaram, jika ada isu mengenai hal itu ia patut dibangkitkan dalam perbicaraan yang lain.

Bagaimanapun Mohd Nazlan membenarkan Shafee meneruskan soalan terhadap Latheefa berkaitan cara pintasan perbualan itu dibuat.

sumber: MalaysiaKini