Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Penumpang bas JB - Kuantan disyaki pembawa Covid-19


Seorang penumpang yang menaiki bas Plusliner yang dalam perjalanan dari Johor Bahru ke Kuantan pada Isnin lalu disyaki sebagai pembawa virus Covid-19.

Sehubungan itu, pegawai kesihatan Kuantan menasihati semua penumpang yang menaiki bas yang bertolak pada jam 7.45 petang pada 16 Mac (dua hari sebelum penguatkuasaan perintah duduk di rumah) dengan nombor pendaftaran VDJ 2367 supaya tampil membuat pemeriksaan saringan kesihatan.

Bas berkenaan berlepas dari stesen Larkin, Johor Bahru sdan menurunkan penumpang tersebut di Terminal Kuantan, Pahang .




Ketika dihubungi hari ini, seorang doktor dari pejabat kesihatan daerah Kuantan, yang enggan identitinya didedahkan, berkata perkara itu masih disiasat.

"Kami masih menyiasat kontak (mereka yang mungkin berhubungan dengan penumpang yang disyaki Covid-19 dalam perjalanan bas itu).

"Kami sedang cuba menghubungi mereka (penumpang dalam perjalanan bas itu) dan kami mendesak mereka supaya tampil," kata doktor berkenaan.

Bas itu berlepas beberapa jam sebelum Putrajaya mengumumkan larangan perjalanan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan.

Menurut gazet persekutuan, perjalanan yang tidak penting adalah tidak dibenarkan. Sesiapa yang melanggar perintah itu boleh didenda sehingga RM1,000, dipenjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya.

BACA: Jumlah terkini Covid-19