Akibat percayakan khabar angin tentang pengambilan minum alkohol dapat membantu menyembuhkan diri daripada jangkitan coronavirus, seramai 180 individu warga Iran menemui ajal.
Berdasarkan laporan agensi berita Islamic Republic News Agency (IRNA), kematian yang berlaku adalah disebabkan penyebaran berita yang mengatakan alkohol dapat merawat wabak korona.
Seramai 427 orang telah meminum alkohol yang viral tersebut. Tetapi malangnya minuman alkohol yang diproses secara haram itu menyebabkan keracunan.
Ramai mangsa yang minum terdesak untuk melindungi diri daripada terkena jangkitan. Setakat hari ini jumlah jangkitan di Iran berjumlah 19,644 orang dan kematian berjumlah 1,433 orang.
Ia sekali gus mendorong mereka untuk mempercayai dan mengambil minuman tersebut yang dibuat secara haram.
Iran merupakan antara negara Islam di Asia Barat yang terjejas teruk akibat ancaman COVID-19 selain daripada China, negara pertama mencatatkan penularan wabak ini.
BACA: Jumlah terkini Covid-19