Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan lagi 2 minggu -PM



Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memutuskan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan akan dilanjutkan sehingga 14 April 2020.

Ini adalah kerana jumlah kes terbaru covid-19 bertambah hari demi hari di dalam negara. Oleh itu Kerajaan perlu lanjutkan lagi tempoh PKP supaya rankaian jangkitan wabak ini akann terputus sehingga tiadal lagi kes terbaru dilaporkan.

Walaupun begitu, beliau memberitahu tempoh kuatkuasa PKP akan dikaji dari semasa ke semasa.




Orang ramai dinasihatkan supaya tidak panik dan tidak perlu menyimpan bekalan makanan terlalu banyak.

“Saya memaklumkan pelanjutan tempoh ini lebih awal supaya saudara saudari lebih bersedia.


“Anda yang berada di kampung tak perlu bergegas balik ke Kuala Lumpur hujung minggu ini.

“Duduklah dulu di kampung dan jangan ke mana-mana.

“Anak-anak yang sepatutnya balik ke asrama, tak perlu balik ke asrama lagi. Tunggu dulu. Pejabat-pejabat yang masih ditutup tak perlu dibuka lagi.

“Jika ada perkara penting yang nak diurus dalam tempoh dua tiga minggu yang akan datang, rancanglah dari sekarang bagaimana nak menguruskannya,” katanya dalam satu perutusan khas yang disiarkan secara langsung hari ini.

-Tun Carlos