Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

PM Israel jalani ujian, pembantunya positif Covid-19


Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu telah memulakan pengasingan diri pada hari Isnin selepas seorang pembantunya yang berusia 70 tahun telah diuji positif Covid-19.

Pada saringan awal, pembantunya itu didapati negatif dan tidak mempunyai apa-apa simptom.

Netanyahu dijadualkan akan menjalani ujian Covid-19 pada Selasa, kata para pegawai. Ujian yang dibuat sebelumnya adalah pada 15 Mac lalu.




Kementerian Kesihatan Israel secara umumnya mengarahkan pengasingan diri selama 14 hari bagi sesiapa yang dianggap mempunyai kontak rapat dengan pembawa virus.

Pembantu Nentanyahu yang dijangkiti itu dilaporkan telah hadir pada satu acara minggu lalu di Knesset yang juga dihadiri oleh Netanyahu serta ahli-ahli parlimen pembangkang di mana dia cuba berbincang bagi mengadakan kerajaan campuran darurat bagi membantu menangani krisis koronavirus.

Israel telah melaporkan 3,865 kes positif dan 15 kematian pada pagi Isnin. Kementerian Kesihatan Israel memberi amaran bahawa jumlah kematian akan berjumlah ribuan orang.

BACA: Lapisan ozon semakin pulih kesan dari koronavirus

sumber: Israel Hayom