Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Professor Madya US mahu negara tersebut contohi Malaysia tangani Covid-19



Seorang Professor Madya Amerika Syarikat (AS), yang berada di Malaysia semasa Perintah Kawalan Pergerakan, memuji tindak balas negara dalam menangani penularan wabak Covid-19.

Profesor Madya Sains Kajian Otak, Neurologi dan Psikologi di Washington University, Missouri, Dr Jason Hassenstab, menjelaskan AS boleh mengambil teladan dari negara lain termasuk Malaysia.

"Beberapa percanggahan yang saya perhatikan antara Malaysia dan AS. Di Malaysia, kami pergi ke empat bandar termasuk Kuala Lumpur, Kota Kinabulu, Lahad Datu dan Sandakan.

"Saya tidak menganggap Malaysia sebagai negara dunia pertama dan memandangkan tahap kemiskinan yang kami lihat, saya rasa itu betul.

"Bagaimanapun, penguatkuasaan Covid-19 di Malaysia diperluaskan di mana-mana, walaupun jauh terpencil, di kawasan hutan hujan tempat kami menginap.




"Pembawa telefon mudah alih menghantar mesej mengenai (langkah) penjarakkan sosial setiap hari. ID di bahagian atas telefon saya biasanya mengatakan 'Sprint' sebaliknya (pada ketika itu) berkata 'Stay Home'," katanya dalam beberapa siri ciapan di Twitter.

Hassenstab, yang terpaksa bergelut dengan kelewatan perjalanan akibat perintah kawalan pergerakan, menyifatkan pengalamannya di Malaysia sebagai "luar biasa tetapi dibuat pada masa yang kurang sesuai".

Menggambarkan senario di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, beliau mengambil maklum para pengawal keselamatan dilihat menguatkuasakan langkah penjarakkan sosial.

"Sepanduk informasi dengan panduan bertulis dan bergambar berada di mana-mana disediakan oleh kementerian kesihatan mereka.

"Bangku-bangku di lapangan terbang telah ditandakan (dengan pita) supaya ada ruang kerusi kosong di antara setiap kerusi.




"Semua pekerja lapangan terbang memakai topeng, pembasmi kuman (sanitiser) tangan kelihatan berada hampir di setiap kaunter, (mesin) daftar tunai, dan di stesen yang ditempatkan di mana-mana.

"Kerajaan mereka mempunyai mesej yang sama sekali konsisten - tinggal di rumah, jaga jarak anda, bersihkan tangan dan seluruh negara melakukannya," katanya.

Sebaliknya, di lapangan terbang Atlanta di Amerika Syarikat, Hassenstab berkata hanya kira-kira lima peratus kakitangan kastam dan kawalan sempadan memakai topeng dan sarung tangan.

"Tiada cecair pembasmi kuman (sanitiser) selain di beberapa bilik mandi. Kedai dan perniagaan beroperasi seperti biasa. Orang ramai bersesak-sesak bersama, tanpa langkah penguatkuasaan menjarakkan diri antara satu sama lain.

BACA: 2 minggu kuarantin tak cukup, perlu 6 minggu

"Orang ramai melihat kami dan menggelengkan kepala kerana kami memakai topeng. Dan sebelum anda memberitahu saya bahawa memakai topeng tidaklah terlalu berkesan, kami melakukannya untuk melindungi orang lain sekiranya kami mendapat jangkitan dan menghalang kami daripada menyentuh muka kami terlalu kerap," katanya.

Kata Hassenstab lagi, beliau bersama keluarganya telah terbang melalui Tokyo dan seorang penumpang yang duduk jarak tiga kerusi daripadanya menghidap demam panas, muntah dan lemah badan.

"Para paramedik datang dengan kakitangan Pusat Kawalan Penyakit Penyakit di pintu masuk dan memeriksa dia. Tetapi penumpang lain sekadar pergi melalui kaunter kastam seperti tiada yang berlaku.

BACA: Covid-19: 2000 kakitangan kontrak akan ditambah di hospital kerajaan

BACA: Doktor di Italy dedah bagaimana COvid-19 merebak cepat di negara itu

sumber: MalaysiaKini