Dr Mahathir Mohamad menafikan dakwaan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin yang menuduh beliau mencetuskan krisis politik minggu lalu sehingga jatuhnya kerajaan Pakatan Harapan.
Muhyiddin dalam ucapannya semalam berkata Mahathir telah menjadi penyebab kepada krisis itu dengan tindakannya meletakkan jawatan sebagai perdana menteri.
“Benarkah, tiba-tiba tanpa sebab saya letak jawatan?
“Saya yang kononnya disokong oleh parti kerajaan dan parti lawan, termasuk Najib Razak dan beberapa lagi yang sedang dibicara atas tuduhan rasuah menyokong saya?
“Ini tidak masuk akal,” katanya menerusi blog beliau hari ini.
"Yang benar ialah saya letak jawatan kerana dalam pengakuan di hadapan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong saya tidak dapat sokongan dari penyokong saya. Saya tidak dapat majoriti dan tidak lagi layak menjadi Perdana Menteri."
"Di Istana peletakan jawatan saya diterima. Saya diarah pegang jawatan Perdana Menteri buat sementara"
Selepas itu Mahathir berkata beliau telah mencadangkan pembentukan kerajaan bukan berasaskan parti politik kerana menurutnya “rakyat bosan dengan orang politik yang lebih utama politik dari pentadbiran yang baik.”
“Tetapi cadangan saya ditolak. Saya pun letak jawatan. Dan berlarutanlah krisis ini. Saya tidak tahu bila ia akan tamat,” katanya.
Selepas bekerja bersama PH pada Sabtu dalam usaha terakhir untuk menggagalkan rancangan Muhyiddin, Mahathir mendakwa pihaknya mempunyai sokongan majoriti di Dewan Rakyat.
Bagaimanapun, ia hanya dapat diketahui sewaktu persidangan sesi Dewan Rakyat nanti yang sepatutnya dijadualkan pada Isnin depan.
-Tun Carlos