Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Senarai Barisan Kabinet Muhyiddin petang ini



KUALA LUMPUR, 9 March: Penantian untuk melihat susunan kabinet Muhyiddin Yassin dijangka berakhir beberapa jam saja lagi.

Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri (PMO), Muhyiddin dijadual mengadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara pada jam 11 pagi ini.

Istiadat itu, kata PMO, adalah untuk mempersembahkan senarai baru jemaah menteri yang dipilih Muhyiddin.




Muhyiddin dijadual menghadap YDP Agong jam 11 pagi ini

"Setelah mendapat perkenan Agong, perdana menteri dijangka akan mengumumkan senarai jemaah menteri pada jam 5 petang hari ini di pejabat beliau di Putrajaya," kata PMO.

Selain dianggap begitu lama untuk dibentuk, tokoh yang menjadi pilihan Muhyiddin juga mahu disaksikan ekoran janji beliau pada 2 Mac lalu.




Kata Muhyiddin beliau akan menjadikan usaha membanteras rasuah sebagai keutamaan selain melantik anggota kabinet daripada kalangan pemimpin yang bersih dan tidak mempunyai sijil palsu seperti yang ada dalam kabinet Kerajaan sebelum ini.

Kenyataan itu dibuat ketika orang ramai memahami ahli parlimen Pagoh itu berjaya menduduki tempat yang ditinggalkan Dr Mahathir Mohamad melalui kerjasama dengan Umno dan PAS.




Muhyiddin mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada 1 Mac lalu setelah Tun Dr Mahathir Mohamad meletakkan jawatan susulan tekanan daripada ahli-ahli Parlimen di dalam gabungan Pakatan Harapan (PH) yang mendesak Mahathir menyerahkan jawatan kepada Anwar Ibrahim.

Tindakan Mahathir meletakkan jawatan telah menyebabkan krisis politik berlaku selama dua minggu sehinggalah akhirnya Kerajaan PH jatuh. Paling sedih, hajat Anwar untuk menjadi Perdana Menteri ke-8 juga bersepai menjadi debu yang ditiup angin lalu.

Kini PH di posisi pembangkang, mereka menyalahkan Muhyiddin dan UMNO yang menyebabkan Kerajaan PH jatuh kononnya demokrasi telah mati. Padahal pada mulanya ia disebabkan kerakusan Anwar untuk menjadi Perdana Menteri.

BACA: Datuk Sulaiman angkat sumpah Ketua Menteri Melaka baru.

-Tun Carlos