Setelah Tun Mahathir menulis artikel terbaru pada hari ini, bekas Perdana Menteri DS Najib Razak mendedahkan kenapa Tun Mahathir meletakkan jawatan beliau secara tiba-tiba pada bulan lepas.
Dalam artikel terbaru Dr Mahathir Mohamad, beliau mengulangi kebimbangan mengenai keadaan kemelesetan ekonomi akibat wabak Covid-19.
"Apa yang terjadi di Malaysia juga sedang berlaku di seluruh dunia. Industri perlu tutup atau paling tidak mengurangkan pengeluaran. Eksport dan import akan menerima kesan.
"Ekonomi akan meleset di seluruh dunia. Malah negara-negara paling kayapun akan menderita.
"Sebenarnya kita semua sedang berhadapan dengan malapetaka," katanya pada hantaran terbaru di blognya hari ini.
Ini jelas menunjukkan Tun Mahathir tiada semangat juang untuk membaik pulih ekonomi negara. Oleh sebab itu beliau mengambil keputusan meletakkan jawatan terlebih dahulu sebelum wabak covid-19 ini merebak.
"Sekarang baru saya faham kenapa dia jatuhkan sendiri dan kerajaan PH tak sampai sebulan dahulu. Seramnya apabila membaca tulisan PM ke-7 ini."sindir Najib
"Tapi saya percaya negara yang kita sayangi ini masih boleh diselamatkan. Negara masih mampu diselamatkan."
"We will survive. Malaysia always survives. Berikan kepercayaan anda. Insha Allah we will prevail."kata Najib di Facebooknya.
Tun Mahathir melepaskan negara pada pimpinan baru semasa ekonomi negara sedang tenat, dibebankan dengan hutang dan ditambah lagi dengan wabak yang melanda.
Tulisan Tun Mahathir seolah-olah untuk menakut-nakutkan pimpinan baru dan juga rakyat. Tapi yakinlah, pimpinan baru bukan calang-calang. Kebanyakkan mereka terdiri daripada mereka yang berpengalaman terutama sekali daripada UMNO.
Pendapat daripada DS Najib di belakang tabir juga sangat-sangat dihargai.
Maaf Tun Mahathir, kami sudah tidak mahu lagi dengar pandangan Tun.
BACA: Cara mohon bantuan khas Covid-19
-Tun Carlos