Ujian klinikal fasa 1 vaksin yang berpotensi untuk Covid-19 telah dibuat pada hari Isnin, 16 Mac, di Seattle, Amerika Syarikat.
Vaksin, mRNA-1273, telah dibangunkan oleh syarikat bioteknologi Moderna dalam kombinasi dengan penyelidik dari National Institutes of Health (NIH). Percubaan sedang dijalankan di Kaiser Permanente Washington Institut Penyelidikan Kesihatan di Seattle.
Dalam kajian fasa 1, penyelidik akan membuat ujian dengan menyuntik tiga dos yang berbeza untuk vaksin mRNA-1273. Perkara ini telah dijalankan dengan merekrut 45 orang sukarelawan dewasa yang sihat untuk percubaan awal.
Peserta yang terlibat akan menerima dua suntikan vaksin dalam masa selang 28 hari dan akan dipantau untuk menilai kedua-dua keselamatan serta imunogenikiti vaksin tersebut.
Suntikan yang terakhir pula adalah untuk melihat seberapa baik vaksin mRNA-1273 dalam merangsang tindak balas imun terhadap protein pada permukaan wabak Covid-19.
Jennifer Haller |
Jennifer Haller, seorang wanita berusia 43 tahun secara sukarela telah menjadi orang pertama mendaftar dalam percubaan yang menerima vaksin mRNA-1273 tersebut
Menurut ibu kepada dua orang anak itu, dia mengambil keputusan menjadi sukarelawan kerana ingin membantu masyarakat, yang pada saat ini seakan-akan kehilangan harapan akibat penularan wabak Covid-19 di serata dunia.
Jennifer berkata “Kami semua merasakan tidak dapat melakukan apa-apa dan ini merupakan satu peluang yang menakjubkan. Saya harap ini adalah langkah supaya dunia bebas daripada koronavirus.”
Mengikut sumber, Jennifer serta dua orang lagi peserta yang menerima dos suntikan percubaan tersebut akan berada di bawah pemerhatian dalam masa sebulan.
Selepas mengambil suntikan dan meninggalkan bilik tersebut Jennifer menyatakan dia “feeling great”. Selain dari itu, 45 sukarelawan menyertai kajian tersebut bagi membuktikan vaksin tersebut berkesan dan selamat digunakan.
Pengarah Institut Alergi dan Penyakit Berjangkit Kebangsaan, Dr. Anthony Fauci, menyatakan ia merupakan langkah pertama yang penting dalam mencapai kejayaan dalam misi ini
Walau bagaimanapun, sekiranya ujian awal klinikal ini berjalan lancar, namun ia mungkin mengambil masa kira-kira setahun hingga 18 bulan sebelum vaksin itu benar-benar dapat digunakan untuk orang ramai.
BACA: Jumlah terkini Covid-19