Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Syed Saddiq gesa Tim. Menteri Wanita bantu staff MAS yang terpaksa cuti tanpa gaji



Bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Abdul Rahman berkata keutamaan perlu ditumpukan terhadap usaha membantu 13,000 kakitangan Malaysia Airlines yang diminta bercuti tanpa gaji, berbanding gesaan mengenakan pakaian patuh syariah terhadap para pekerja syarikat penerbangan nasional itu.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Menteri Wanita dan Keluarga, Siti Zailah Mohd Yusoff, yang berkata akan mengadakan pertemuan dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Zulkifli Mohamad untuk membincangkan dasar pakaian menutup aurat buat pramugari Islam.

“13000 kakitangan MAS perlu ambil cuti tanpa gaji kerana wabak Coronavirus. Ini tidak masuk syarikat penerbangan yang lain.




“Mohon bantu mereka tangani masalah ini dahulu YB. Kebanyakan dari mereka anak muda,” ujar Syed Saddiq di Twitter hari ini.

Bagaimanapun, Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kesihatan dan juga pelbagai agensi lain sedang bertungkus-lumus mengatasi masalah penularan wabak ini lebih baik berbanding Kerajaan sebelum ini yang dilihat seringkali menutup maklumat dan juga lembab untuk menahan pelancong asing terutama dari China masuk ke Malaysia.

Kerajaan sebelum ini juga lebih risaukan pendapatan industri pelancongan yang terjejas daripada penularan wabak ini berbanding kesihatan dan keselamatan rakyat sendiri.

Syed Saddiq juga dilihat gagal untuk menyelesaikan palbagai masalah anak muda ketika beliau menjawat jawatan Menteri Belia dan Sukan seperti isu kehilangan pekerjaan dan sehingga beliau hilang kerja sebagai Menteri pun masih ada beratus ribu anak muda masih tidak mempunyai pekerjaan walaupun mempunyai Ijazah.

-Tun Carlos