Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Tak nak jadi "barua" DAP lagi -YB Nurhizam



MELAKA- Datuk Nurhizam Hassan Baktee yang terkenal dengan pelbagai isu kontroversi dilihat bersama pimpinan Perikatan Nasional semasa sidang media petang tadi.

Beliau menjadi perhatian wartawan pada kali ini.

"Kalau saya jawab suka hati saya boleh? " jawab Nurhizam apabila ditanya warwatan kenapa beliau berada di situ.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada pimpinan Perikatan Nasional kerana menerima dirinya seadanya.






"Hari ini saya bertindak kerana demi kepentingan orang Melayu. Saya dah bekerja keras. Mereka (DAP) kata mereka nak berhemah dan bermaruah, tetapi saya tengok, saya jadi barua."

"Saya memang outspoken, saya tak reti nak beralas-alas. Bila hati dan jiwa raga saya saya dah serahkan, bila ini berlaku saya kecewa."

Beliau juga bersedia menerima apa pun tindakan daripada parti DAP.




Perikatan Nasional dijangka mengambil alih kerajaan negeri Melaka dengan sokongan dua wakil rakyat Pakatan Harapan (PH) iaitu Nurhizam sendiri dari DAP dan Adun Rembia Muhammad Jailani Khamis, dari PKR

Kerajaan Pakatan Harapan Melaka tumbang minggu lalu susulan tindakan Bersatu meninggalkan gabungan itu.

-Tun Carlos