Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Tun M bebas dari virus Covid-19



KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad disahkan bebas daripada wabak COVID-19 bagaimanapun beliau memberi jaminan kepada rakyat Malaysia untuk mengikuti protokol pemantauan dengan dikuarantin selama 14 hari.

Menurut pembantunya, keputusan tersebut disahkan oleh pihak berkuasa kesihatan selepas menjalani ujian saringan COVID-19 pada 17 Mac lalu.

“Keputusan ujian adalah negatif. Beliau bebas daripada COVID-19,” katanya ketika dihubungi The Star hari ini.




Dr. Mahathir dipercayai menjadi kontak rapat Ahli Parlimen Bandar Kuching, Dr Kelvin Yii Lee Wuen yang mendapat rawatan di Hospital Besar Sarawak.

Dalam satu klip eksklusif yang disiarkan Buletin Utama TV3 pada Khamis lalu, Dr. Mahathir memaklumkan beliau sedang menjalani kuarantin sukarela.

Tun Mahathir juga didakwa menjadi antara penyebab virus ini tersebar Malaysia gara-gara tindakan sambil lewa beliau dan juga Menteri-Menteri Kabinetnya yang menganggap ancaman covid-19 ini tidak serius dan masih membenarkan pelancong-pelancong asing terutama dari China untuk memasuki negar ini.

Kerajaan yang diterajui Tun Mahathir akhirnya jatuh setelah beliau sendiri mengumumkan melepaskan jawatan setelah tidak tahan dengan desakan pemimpin daripada Pakatan Harapan yang mahukan Anwar Ibrahim diberi jawatan Perdana Menteri yang dijanjikan dengan segera.

-Tun Carlos