Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Video muzik Bunkface kritik LGBT telah dipadam dari Youtube



KUMPULAN Bunkface tampil menjelaskan pendirian mereka bahawa lagu Akhir Zaman tidak bermaksud membenci golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LBGT) berdasarkan liriknya berbunyi 'LGBT pergi mampus'.

Sebaliknya, tujuan asal lagu Akhir Zaman dicipta demi mempertahankan maruah agama Islam.

"Kami ingin memberi penjelasan mengenai isu lirik lagu Akhir Zaman yang dikatakan segelintir pihak sebagai mempromosikan kebencian terhadap golongan LGBT.




"Perkataan LGBT digunakan dalam lirik lagu ini bukanlah dituju kepada individu, tetapi menjurus untuk pergerakan komuniti LGBT yang semakin meluas di seluruh dunia, terutama kepada mereka yang beragama Islam di negara ini.

"Sekali lagi, kami tekankan bahawa kami tiada niat mahu membenci mana-mana individu atau mempromosikan kebencian terhadap mereka.




"Yang kami tentang adalah gerakan LGBT yang sedang mempromosikan hak secara terangan di Malaysia. Lagu ini ditujukan khas kepada mereka beragama Islam dan bangsa Melayu.

"Yang haram tetap haram. Definisi Islam itu sendiri bermaksud menyerah atau tunduk patuh kepada ajaran-Nya. Jadi, siapalah kita untuk mempersoalkan hukum hakam yang ditetapkan Allah SWT," tulis Bunkface menerusi akaun Instagram baru-baru ini.




Terdahulu, lirik video lagu Akhir Zaman yang telah dimuatnaik di YouTube sejak 26 Februari lalu mencetuskan sensasi apabila didakwa mempromosikan kebencian terhadap golongan LGBT.

Aktivis politik pro DAP yang menyokong LGBT juga mengkritik lagu terbaru dari Bunkface ini. Ia juga dikatakan mengkritik Kerajaan PH yang didominasi Ahli Parlimen DAP sebelum ini yang seringkali dilihat gemar menipu rakyat.








Lirik video lagu ciptaan vokalis Bunkface iaitu Sam itu sendiri bagaimanapun telah dipadamkan dari YouTube setelah direport oleh golongan ini.

Biarpun lirik video lagu Akhir Zaman sudah tiada di YouTube, karya itu masih boleh distrim di platform muzik digital seperti Spotify, Joox dan Deezer.

sumber: AstroAwani