Walaupun prestasi sukan negara merosot, Syed Saddiq puas hati dapat cari penaja dan dana
PUTRAJAYA: Mendapatkan peruntukan sewajarnya demi kelangsungan bidang sukan di negara ini merupakan cabaran utama bekas Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sepanjang 22 bulan menerajui kementerian itu.
Syed Saddiq yang juga Ahli Parlimen Muar daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkata antara perkara yang berjaya dilakukan dalam tempoh itu ialah mendapat tajaan berjumlah RM5 juta bagi persiapan atlet ke Sukan Paralimpik Tokyo 2020, jumlah terbesar yang pernah diterima Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
“Kita (KBS) dapatkan penajaan terbesar bagi sukan paralimpik yang kita tidak pernah terima jumlah sebegitu sebelum ini dan buat pertama kali kita akan ada dana tambahan RM30 juta untuk KBS bagi tujuan pembangunan melalui pengenalan cukai gula,” katanya kepada pemberita pada majlis penghargaan di Menara KBS di sini, hari ini.
Turut hadir pada majlis itu adalah Ketua Setiausaha KBS Datuk Dr Waitchalla R.R.V Suppiah, bekas Timbalan Menteri Belia dan Sukan Steven Sim Chee Kiong dan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Ahmad Shapawi Ismail.
Sementara itu, Ahmad Shapawi berkata sepanjang tempoh menerajui kementerian itu, Syed Saddiq amat mengambil berat soal kebajikan atlet dan pegawai sukan selain usaha memastikan bidang sukan mendapat perhatian khususnya dari segi peruntukan.
“Sukan adalah satu bidang yang menyumbang kepada pembangunan sosial negara dan pada masa sama memerlukan satu kedudukan kewangan yang agak besar.
“Beliau (Syed Saddiq) berjaya mendapatkan beberapa peruntukan yang membantu MSN kerana sebelum ini kita terpaksa bergerak dalam keadaan berjimat cermat untuk memberikan prestasi terbaik,” jelas Ahmad Shapawi.
Walaupun begitu, prestasi Sukan Paralimpik dan juga Sukan SEA kontinjen negara jatuh merudum ketika beliau memegang jawatan Menteri Belia dan Sukan. Banyak juga rungutan dari atlit kerana tidak mendapat elaun dan sebagainya.
Syed Saddiq, 27, melakar rekod dalam sejarah kepimpinan negara apabila menjadi menteri termuda selepas Pakatan Harapan (PH) memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 pada 2018.
Beliau juga melakarkan rekod baru dalam sejarah kepimpinan negara apabila menjadi Bekas Menteri Termuda berikutan perubahan landskap politik negara.
BACA: Budak Taiping kantoi buat projek di tempat terbuka
-Tun Carlos