Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Warga emas disyaki Covid-19 bunuh diri di Hospital Serdang


SELANGOR: Seorang pesakit yang disyaki dijangkiti Covid-19 dilaporkan membunuh diri selepas dimasukkan ke wad pengasingan di Hospital Serdang, menurut satu laporan.

Menurut China Press, insiden itu berlaku kira-kira jam 7 malam di bilik wad 7D.

Laporan itu berkata mangsa yang merupakan seorang lelaki berusia 62 tahun dimasukkan ke wad pada jam 2.30 pagi semalam selepas menunjukkan simptom Covid-19, sementara menunggu keputusan ujian diketahui.





Jururawat kemudian menyedari bahawa pesakit berkenaan menghabiskan banyak masa di sebuah bilik kecil dan masuk untuk menyiasat, sebelum mendapati mangsa tergantung dan meninggal dunia.

Laporan itu memetik Ketua Polis Sepang, Wan Kamarul Azran sebagai berkata polis tidak menemui sebarang nota bunuh diri di tempat kejadian.

BACA: Lapisan ozon semakin pulih kesan dari koronavirus

Tempat kejadian ditutup sementara untuk siasatan forensik dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.




Mereka yang ingin meminta bantuan boleh menghubungi talian bantuan Befrienders di talian 03-79568145, atau menghantar email di alamat sam@befrienders.org.my.

Kementerian Kesihatan dan Mercy Malaysia juga menyediakan talian hotline bagi memberi sokongan psikososial terhadap petugas barisan hadapan dan mereka yang terkesan secara emosi akibat wabak Covid-19.

Talian hotline dibuka dari jam 8 pagi hingga 5 petang di talian 011-63996482, 011-63994236, atau 03-9359935.

BACA: Jumlah terkini Covid-19

sumber: MalaysiaKini