Dengan jangkitan koronavirus yang semakin menurun dilaporkan pada hari-hari kebelakangan ini, kehidupan perlahan-lahan mula kembali normal di banyak komuniti di seluruh China.
Ini adalah kerana rakyat China berdisiplin mengikut arahan supaya duduk di rumah. Ada juga yang mengatakan tindakan negara komunis itu yang amat tegas dan drakonian ketika mengawal wabak itu sebenarnya punca sebenar wabak itu tidak lagi menular.
China juga mengawal media mereka dan menangkap sesiapa yang cuba menyebarkan berita palsu dan cuba menakut-nakutkan orang ramai ketika berhadapan wabak itu.
Walaupun kini mereka sudah bebas melakukan aktiviti harian seperti biasa, pekerja, pelajar dan penduduk lain berhati-hati meneruskan rutin harian di Wuhan, bandar tengah China yang merupakan pusat awal yang menjadi pandemik global Covid-19.
Para pakar kesihatan memberi amaran tentang ancaman yang terbaki dari pembawa virus yang tanpa gejala.
Kebanyakkan orang di China telah menghabiskan hampir dua bulan kuarantin di rumah. Chongqing, ibu kota yang bersempadan dengan Hubei, mempunyai lebih daripada 500 kes disahkan sejak penyakit itu mula menyerang. Tetapi sekarang, tidak ada kes.
Penurunan bukan sahaja di Chongqing, malah di seluruh negara, dan kira-kira 69,000 daripada 81,000 kes positif disahkan telah pulih.
Tekanan makin berkurang
Di Hubei, di mana kira-kira 10,000 kes di wilayah itu, tekanan pada pekerja perubatan barisan hadapan telah berkurang.
Pada 17 Mac, kumpulan pertama 4,000 pekerja perubatan yang terpaksa bertugas ke Wuhan untuk membantu mengawal wabak itu kini dah dapat pulang ke kampung halaman masing-masing.
Hampir 69,000 kes daripada 80,000 kes telah sembuh. |
Wilayah yang diklasifikasikan sebagai "risiko rendah jangkitan," termasuk Guizhou, Qinghai, Tibet dan Xinjiang, kerajaan tempatan telah membenarkan institusi pendidikan untuk menyambung semula kelas pada bulan ini.
Diharap semua rakyat Malaysia juga mencontohi penduduk di China supaya kekal duduk di rumah sehingga pihak Kerajaan dan Kesihatan dapat memutus rangkaian jangkitan wabak Covid-19.
Diminta juga peserta jemaah tabligh yang masih belum menjalani saringan supaya cepat berbuat demikian kerana rakyat Malaysia kini sedang bergantung kepada anda semua untuk kembali menjalankan kehidupan seperti biasa.
BACA: Jumlah terkini Covid-19
-Tun Carlos