Wartawan MalaysiaKini jadi sasaran netizen kerana "spin" kenyataan Menteri Alam Sekitar
Labels:
Isu Semasa
Wartawan Malaysiakini, Kow Gah Chie telah menjadi sasaran kemarahan netizen di Facebook berhubung berita yang ditulisnya berkenaan kenyataan Menteri Alam Sekitar Tuan Ibrahim Tuan Man mempertahankan pembalakan di Kelantan.
Hantaran di Tweeter dan Facebook yang diterbitkan pada Khamis lalu oleh netizen menunjukkan berita tersebut adalah rekaan wartawan tersebut kerana ia tidak ditanya ketika sidang media Tuan Ibrahim - diadakan sehari sebelumnya.
Setakat ini, hantaran itu telah dikongsi lebih 1500 kali.
Ini video terakhir sidang media— Jazlie Dawani (@JazlieDawani) March 12, 2020
Sampai ke saat akhir sidang media, pernah tak anda dengar mana2 soalan khusus berkaitan dgn pembalakan di negeri Kelantan?
Dan ada xmana2 perkataan atau ayat yg menyatakan Tuan Ibrahim menyokong pembalakan di Kelantan spt dilaporkan @mkini_bm ? pic.twitter.com/kEI3hyoKKp
Wartawan Malaysiakini memberi alasan bahawa berita itu ditulis daripada 'doorstep' - iaitu apabila wartawan menyoal menteri selepas sidang media selesai.
Walaupun begitu, jawapan Tuan Ibrahim ketika tamat siaran media itu juga telah di "spin" oleh wartawan MalaysiaKini tersebut.
Pihak Kementerian Alam Sekitar telah mengeluarkan kenyataan rasmi menyangkal laporan wartawan MalaysiaKini itu.
Hantaran itu telah dilaporkan kepada Facebook oleh pihak MalaysiaKini. Bagaimanapun, Facebook menolak laporan itu dengan berkata "ia tidak melanggar apa-apa Piawaian Komuniti".
"Pakar dalam pasukan kami menyemak semula gambar itu dan mengesahkan ia tidak melanggar sebarang Standard Komuniti kami, termasuk gangguan dan buli," kata Facebook.
Malaysiakini telah cuba menghubungi Facebook secara terus sejak Jumaat (13 Mac).
sumber: MalaysiaKini