Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

AS pulangkan RM1.3 Billion 1MDB yang ditipu Jho Low



PUTRAJAYA: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat (AS) kerana telah memulangan AS$300 (RM1.3 Billion) juta yang diseleweng daripada dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Mei tahun lalu, AS mula memulangkan dana yang berjaya ditemui semula, membabitkan bayaran pertama hampir AS$200 juta (RM836 juta)

Jabatan Kehakiman dalam kenyataannya, berkata ia menjadikan jumlah keseluruhan wang yang dipulangkan sebanyak RM2.6 bilion (AS$600 juta).




Pembantu Peguam Negara AS, Brian A. Benczkowski, berkata pembayaran itu mencerminkan komitmen AS kepada Malaysia untuk memburu, merampas dan memulangkan aset yang diperoleh menerusi penyelewengan itu.

Antara aset yang berjaya diperoleh semula termasuk estet mewah di Beverly Hills, New York dan London serta pelaburan bernilai jutaan Dollar yang dilakukan oleh ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low.

Jho Low dan beberapa individu didapati cuba menyeleweng duit 1MDB tanpa pengetahuan Perdana Menteri ketika itu iaitu DS Najib Razak.




"Usaha pemulihan aset 1MDB sedang berlangsung, dan kerajaan akan terus bekerjasama dengan Amerika Syarikat, DoJ dan juga kerajaan lain untuk memulihkan dan mengembalikan lebih banyak wang 1MDB pada masa akan datang," kata Muhyiddin

Di dalam perbicaraan mahkamah mengenai 1MDB, peguam Najib, Tan Sri Shafee Abdullah berjaya menyoaljawab beberapa saksi dan mendapati mereka turut bersekongkol membantu Jho Low.

Sebelum ini, berita Agensi yang memetik maklumat sumber, melaporkan DoJ menangguhkan pemulangan AS$240 juta (RM1 bilion) susulan ketidaktentuan politik berikutan peletakan jawatan Perdana Menteri oleh Tun Dr Mahathir Mohamad pada 24 Februari lalu.

BACA: Najib gesa PN teruskan usaha selamatkan semua duit 1MDB yang disabotaj PH

-Tun Carlos