Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Bayi kembar baru lahir dinamakan Corona dan Covid



INDIA - Sepasang suami isteri di India setakat ini menamakan anak mereka sebagai Corona dan Covid sempena kelahiran bayi kembar itu dalam suasana ‘lockdown’ sedang dikuatkuasakan di negara itu susulan penularan pandemik koronavirus (Covid-19).

Menurut Daily Mail, bayi kembar itu telah dilahirkan di Dr BR Ambedkar Memorial Hospital pada 27 Mac lalu dan nama Corona serta Covid itu dipilih oleh pasangan tersebut sebagai melambangkan kejayaan di atas kesulitan yang dihadapi.




Verma berkata, dua anaknya itu berjaya dilahirkan selepas berjaya mengharungi segala dugaan menyebabkan dia dan suami mengambil keputusan menamakan anak mereka dengan nama Corona dan Covid.

Verna bersama bayi kembarnya, Corona dan Covid.

Ia sebagai tanda kenangan yang tidak akan mereka lupakan berikutan kemunculan pandemik itu yang sudah menjangkiti ribuan manusia di dunia.

Bagi menangani penularan Covid-19, India melaksanakan perintah berkurung selama 21 hari.

“Virus itu sememangnya berbahaya dan mengancam nyawa tetapi wabak tersebut telah berjaya membuatkan ramai orang sedar soal kuman, kebersihan serta berjaya menanam tabiat-tabiat baik yang lain.

"Disebabkan itulah, muncul idea untuk menamakan mereka (anak kembar) dengan nama ini,” kata wanita tersebut.

Bayi kembar berkenaan dilaporkan dilahirkan secara ‘caesar’ dengan beberapa komplikasi.

Orang Malaysia ada tak yang nak namakan anak Saiful Korona ataupun Abdullah Covid? Asalkan jangan nama Khalid atau Mujahid sudah lah -Tun Carlos

BACA: Saintis dakwa telah menjumpai antibodi lawan Covid-19