Bekas Menteri PH dakwa Kerajaan PH juga amalkan rasuah dan merompak
Menteri Komunikasi dan Multimedia Saifuddin Abdullah hari ini mendedahkan mengenai integriti pentadbiran Pakatan Harapan (PH) dalam komitmennya untuk membanteras rasuah.
Pada catatan di Facebook mengulas komen seorang netizen bernama Asma Azha, Saifuddin menyoal adakah dia pasti pentadbiran terdahulu bersih.
"Apa you yakin PH pun tak merompak dan rasuah.
"Sis, you kenal PH sebelum jadi keraaan dan ada kuasa. Bila Allah uji dengan kuasa dan wang sama saja. Manusia berubah," tulis Saifuddin.
Beliau yang juga bekas Menteri Jelasnya, PH pada suatu waktu menentang lantikan politik tetapi didakwa melanggar ikrar ini.
"Dulu PH marah lantikan politik, lepas berkuasa siapa yang jadi special envoy ke China? Siapa yang duduk di board (Lembaga) Pelabuhan Kelang dan Kuantan?
"Saya bekas Menteri Luar (PH) saya tahu siapa yang merayu dekat PM untuk lantik (MP Cheras) Tan Kok Wai (sebagai duta khas). So apa bezanya?" soal Saifuddin.
Komen Saifuddin Abdullah di Facebook beliau |
Saifuddin pernah menjadi setiausaha majlis presiden PH dan tokoh penting dalam gabungan politik itu.
Beliau keluar daripada gabungan itu untuk menjadi sebahagian daripada pentadbiran baru pimpinan Muhyiddin Yassin selepas "Langkah Sheraton" pada hujung Februari.
Kerajaan Muhyiddin dikritik pemimpin PH kerana melantik pemimpin Bersatu, PAS, Umno dan tokoh politik lain untuk menerajui GLC dan agensi kerajaan.
Penyokong parti pemerintah baru Perikatan Nasional berpendapat PH turut membuat lantikan politik.
Bagaimanapun, penyokong PH berkata gabungan itu hanya berjanji lantikan politik tidak akan dibuat untuk jawatan dalam GLC, yang kelihatannya ditepati sepanjang dua tahun pentadbirannya.
– Bernama