Bekas Timbalan Menteri Kesihatan cadang guna kipas angin untuk halang Covid-19
IPOH: Menurut seorang pemimpin Pakatan Harapan (PH), wabak koronavirus baharu (COVID-19) dipercayai tidak mampu bertahan lama sekiranya berada dalam suhu melebihi 30 darjah Celsius.
Bekas Timbalan Menteri Kesihatan PH, Dr Lee Boon Chye berkata, kajian yang dilakukan oleh Ketua Pakar Sains Kesihatan dari Singapura menunjukkan virus lebih mudah merebak dalam cuaca sejuk dan kering.
Bagaimanapun katanya, langkah untuk menutup penghawa dingin dan menggunakan kipas angin untuk mengurangkan risiko jangkitan seperti yang disarankan, hanya akan dipertimbangkan sekiranya wabak itu tidak terkawal.
“Ada beberapa faktor kita tahu virus ini boleh dibunuh melalui suhu yang tinggi yang kedua kita juga tahu influenza dan koronavirus epidemik sebelum ini memang paling teruk semasa musim sejuk dan apabila suhu naik penularan itu akan kurang.
“Kalau kita lihat di Malaysia di bawah cahaya matahari pun kawasan lapang suhunya memang lebih 30 darjah Celcius. Ini cuma langkah yang kita boleh pertimbangkan sekiranya ada penularan yang serius di dalam komuniti belum sampai tahap itu,” katanya yang dipetik oleh Astro Awani.
Dalam laporan media, beliau menyarankan orang ramai perlu menutup pendingin hawa dan membuka tingkap untuk kurangkan risiko jangkitan virus itu.
Dr Lee menambah, saranan itu hanya terpakai jika penularan wabak serius di negara ini dan masih perlu diperhalusi lebih lanjut mengikut kajian sains.
Cadangan guna kipas mendapat kritikan dari netizen
Cadangan daripada bekas Timbalan Menteri Kesihatan itu mendapat pelbagai kritikan dari netizen. Kebanyakkan dari mereka bersyukur kerana Kerajaan Pakatan Harapan sudah tidak memegang kuasa memerintah lagi.
Ini kerana tidak ada langsung kenyataan ataupun kajian daripada Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Dr Noor Hisyam yag mengatakan penggunaan kipas dapat menghalang dan juga mengelakkan manusia dari dijangkiti virus ini.
Komen netizen mempertikai cadangan dari Timbalan Menteri PH |
"Bersyukurnya diorang (PH) dah tak memerintah lagi, kalau tak, dah la stress penyakit, stress lagi rakyat dengar pemimpinnya bercakap. Habis covid boleh depression rakyat Malaysia. Bersyukur sangat Tun Mahathir letak jawatan di waktu yang terbaik, Terima kasih lah Tun." ujar netizen.
-Tun Carlos