Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

"Bukan 500 negara, saya salah sebut." Dr Adham Baba


Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba hari ini menjelaskan bahawa beliau salah sebut ketika mengatakan bahawa Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) terdiri daripada 500 negara.

"Saya salah sebut 500 negara - yang saya maksudkan adalah 500 peserta dari seluruh dunia," katanya seperti dipetik oleh The Star.

Adham sebelum ini membuat kenyataan "500 negara" semasa panggilan video untuk memberi taklimat kepada Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mengenai situasi Covid-19, yang dimuat naik di Facebook.




Ahli Parlimen Tenggara itu memberitahu Zahid bahawa beliau terlibat dalam satu persidangan video langsung dengan WHO yang menurutnya terdiri daripada "500 negara".

Untuk rekod, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu hanya mempunyai 193 negara anggota.

Adham, dalam laporan hari ini, menjelaskan bahawa hanya terdapat 50 negara yang terlibat dalam persidangan video langsung itu.

Beliau tidak kisah dengan isu troll ini kerana apa yang penting sekarang beliau perlu fokus dan bekerja keras untuk menyediakan apa yang sepatutnya untuk pekerja barisan hadapan dan juga pesakit covid-19.

Dakwaan Adham bahawa terdapat "500 negara" sebelum ini dijadikan bahan jenaka dan mengundang kritikan di media sosial terutama dari kalangan penyokong dan pemimpin Pakatan Harapan yang baru saja kehilangan segala kuasa mereka baru-baru ini selepas Tun Mahathir letak jawatan kerana tidak mahu ANwar Ibrahim jadi Perdana Menteri.

-Tun Carlos