Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Cara mohon Bantuan Prihatin Nasional jika status "Tiada Rekod"



CARA MOHON BANTUAN PRIHATIN NASIONAL (BPN) - Pemohon Baru

Bagi yang dah semak status menunjukkan "tiada rekod", anda boleh buat permohonan baru.

Ikuti langkah-langkah mudah di bawah ni 👇

1. Klik link ini https://bpn.hasil.gov.my/


2. Masukkan no kad pengenalan di ruangan Semakan Status.



3. Selepas isi no kad pengenalan, isi pula ruang kosong CAPTCHA dan tekan butang "Semak".

**bagi yang tidak tahu apa itu CAPTCHA, ia adalah satu sususan abjad dan nombor yang kita nampak di atas bahagian ruangan kosong. Kita perlu isi ruangan kosong berpandukan susunan abjad/nombor yang tertera. Langkah ini perlu bagi tujuan sekuriti dan bagi mengesahkan bahawa anda adalah manusia biasa bukannya mesin.



4. Jika tiada rekod, klik pada butang "Permohonan Baru".



5. Isi butiran permohonan dengan lengkap (untuk butiran anak, masukkan anak yang masih kecil dan bersekolah sahaja).



6. Seterusnya pergi ke bahagian "Pengesahan".
- Sahkan Captcha.
- Klik pada kotak kecil untuk pengakuan mengesahkan butiran yang dihantar.



7. Tekan pada butang "Hantar".
- Kalau nak cetak maklumat pemohon, klik Cetak.
- Kalau nak buat akaun BPN nanti, tekan Ya tau.



8. Dah selesai buat akaun BPN, boleh semak status.

Mudah kan?

Tips untuk anda;
➡ Buat permohonan menggunakan laptop agar lebih cepat dan jelas. Kalau guna smartfon pun tak mengapa.
➡ Masuk link BSH pada waktu pagi. Laju sikit. Kalau petang atau malam selalu lambat untuk loading kerana orang terlalu ramai masuk.

Semoga berjaya.