Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Dr Adham mangsa dengki dan dendam PH setelah hilang segala kuasa


KUALA LUMPUR – Tindak-tanduk pemimpin-pemimpin pembangkang berterusan ‘menghentam’ Menteri Kesihatan, Datuk Dr Adham Baba yang tersasul menyebut 500 buah negara adalah memualkan dan menyedihkan.

Ahli politik pembangkang senior juga turut terlibat, seolah-olah mereka tidak pernah melakukan kesilapan dan tersasul tutur kata sepanjang hidup.

Kesilapan Dr Adham dijadikan kesempatan oleh pemimpin-pemimpin pembangkang kerana sudah tiada isu lain yang boleh digunakan untuk mengkritik kerajaan.




Dr Adham yang dilihat lebih tenang dan bijak mengawal penularan COVID-19 dicemburui kepimpinan pembangkang yang masih mengagungkan menteri terdahulu, Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly Ahmad dari parti PAN.

Menteri terdahulu bagaimanapun mempamerkan kegagalan menguruskan COVID-19 apabila gagal mengesan pandemik lebih awal serta dilihat tidak serius dengan kemasukan warga China yang positif COVID-19.

Bekas menteri itu juga dilaporkan tertawa ketika dalam sidang media pembabitan pelancong China yang membawa kepada penularan COVID-19 di negara ini.

Manakala menurut pensyarah, Dr Anuar Ahmad wujud dendam kesumat yang terlalu mendalam dalam kalangan pembangkang menyebabkan mereka  tidak boleh membezakan antara kepembangkangan politik yang konstruktif dengan kebencian peribadi.




“Sudah tiada isu lain yang boleh digunakan oleh pembangkang untuk mengkritik kerajaan. Jadi ‘tiada rotan, akar pun berguna’. Sampai benda remeh dan tersasul pun boleh dijadikan isu,”

“Apabila tiada sesuatu yang bernas untuk diberikan pada rakyat, carilah ‘kambing hitam’ untuk dijadikan umpan politik. Rakyat yang tidak berfikir panjang akan ‘termakan’ dan ikut sekali,” katanya.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turut memerli pemimpin pembangkang yang terus menerus menyerang Menteri Kesihatan dengan isu remeh berkenaan.

Najib juga turut menyertakan bukti pembabitan hampir 500 peserta sidang video dalam talian bersama Menteri Kesihatan dalam menangani pandemik COVID-19.

Terdahulu, Dr Adham tersasul menyebut jumlah 500 negara, berbanding 500 peserta dalam satu sidang video bersama Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Menurut sumber, kesilapan itu berpunca disebabkan Menteri Kesihatan itu kepenatan kerana berkerja hampir 20 jam sehari bagi menangani COVID-19 di negara ini. – Buletin Asia