Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

ESPRIT hentikan operasi semua cawangannya di Malaysia


Jenama fesyen antarabangsa terkemuka Esprit akan menutup semua cawangannya di Asia kecuali China sebagai usaha dalam menangani cabaran perniagaan akibat wabak COVID-19.

ESPRIT membuka outlet pertamanya di Malaysia pada tahun 1995, dan sejak itu menjadi nama yang tidak asing lagi bagi banyak pembeli tempatan.

Memetik laporan South China Morning Post, jenama fesyen ini mengumumkan akan menutup 56 butiknya di Singapura, Malaysia, Taiwan, Hong Kong dan Macau menjelang 30 Jun ini.

"Keseluruhan industri terjejas ekoran krisis kesihatan global. Kami mula merasai kesan di Asia dan kini di Eropah, di mana kebanyakan kedai kami ditutup.



"Ini memaksa kita untuk melihat sumbangan semua pasaran terhadap prestasi kumpulan," kata Ketua Eksekutif Esprit Group, Anders Kristiansen.

Pandemik COVID-19 menjejaskan sektor peruncitan di seluruh dunia selepas pelanggan kekal di rumah dan kedai dipaksa tutup sementara bagi mengawal penularan wabak itu.

Beberapa firma runcit memilih skim bantuan kerajaan, sementara kebanyakan syarikat meminta pekerja mengambil cuti tanpa gaji atau menerima pemotongan gaji.



Antara jenama yang lumpuh membabitkan rangkaian pakaian British adalah Oasis, Warehouse serta Cath Kidston.

Susulan penutupan kedai itu, Esprit berkata, lesen perniagaan dan borong di Asia akan diteruskan termasuk perniagaan usaha sama dengan China dan ia akan memberi tumpuan kepada pasaran utamanya di Eropah.

BACA: GTower Hotel Kuala Lumpur tutup setelah 10 tahun beroperasi