Fuziah Salleh cuba timbulkan persepsi bahawa saman terhadapnya bersifat politik
PETALING JAYA: Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh cuma menimbulkan persepsi bahawa saman yang diterimanya berhubung penyebaran berita palsu di Facebook bersifat politik.
Katanya, beliau akan terus pertahankan kebenaran dan haknya serta pastikan hak itu akan terserlah jua.
“Sebentar tadi saya telah menerima satu notis saman daripada Majistret Johor Bahru bertujuan memaklumkan kepada saya untuk hadir ke Mahkamah Majistret Johor Bahru pada hari esok 8 pagi.
Kenyataa nmedia Fuziah setelah menerima notis saman dari Mahkamah |
“Surat notis tersebut menyatakan di mana ianya berkenaan ‘Kanun Keseksaan Seksyen 505 (b): Kenyataan-kenyataan yang mendatangkan khianat awam’.
“Manakala Akta SKMM Seksyen 249 pula menyentuh berkenaan ‘Capaian berkenaan data berkomputer’,” katanya dalam satu kenyataan.
Fuziah akan dituduh esok berhubung kes penyebaran berita palsu di Facebook.
Bekas timbalan menteri agama itu sebelum ini disiasat berhubung dakwaan menyebarkan video palsu mengenai kesesakan di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI), Johor Bahru.
Posting dan video palsu yang disebar oleh Fuziah. |
Pihak polis akhirnya menjelaskan video tersebut adalah video lama semasa latihan. Pemimpin PKR itu akan dituduh di Mahkamah Sesyen Johor Bahru.
Sebelum ini, polis memberitahu media kes disiasat bawah Seksyen 500 dan Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan iaitu berkenaan fitnah dan mendatangkan khianat awam, dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.
Orang ramai dinasihatkan jangan kongsi video dan berita palsu jika tidak pasti. -Tun Carlos