Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Ini sebab mengapa Hadi Awang dilantik sebagai Duta Khas PM ke Timur Tengah

Haji Awang berucap di hadapan jutaan rakyat Turki

Semalam, seluruh dunia heboh tentang pelantikan Tuan Guru Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Awang, Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS) sebagai Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah bertaraf Menteri.

Apakah kelulusan beliau? Layakkah beliau dilantik ke jawatan Duta Khas bertaraf Menteri sedangkan beliau NAMPAK seperti Pak Lebai kekampungan, tidak fasih Bahasa Inggeris?

Sebelum tu nak tanya pernah tak anda belajar di Universiti al-Azhar Mesir kemudian dipilih menganggotai badan perwakilan mahasiswa Arab mewakili orang Melayu di Nusantara disebabkan kepetahan berbahasa Arab anda?




Kedua, pernah tak anda dipilih mengiringi rombongan Presiden, Menteri-menteri Turki dan Parti Refah (parti Islam pertama di Turki) di bawah Almarhum Nechmettin Erbakan / Najmuddin Erbakan ke Pertubuhan Bangsa-nanga Bersatu (PBB) memperjuangkan isu semasa umat Islam ketika anda masih belajar?
Hadi Awang paling kanan

Ketiga, pernah tak anda diberi penghormatan menyuarakan pandangan berkaitan isu semasa umat Islam dan berjabat tangan dengan tokoh Muslim, Almarhum Saddam Hussein, bekas Presiden Iraq yang amat dibenci AS?
Hadi Awang bersama  Allahyarham Saddam Hussein

Keempat, pernah tak anda menulis lebih dari 300 kitab / buku, dan makalah / Kertas kerja (artikel tak perlu dicakap) dalam Bahasa Arab dan Melayu? Pernah tengok seorang ulama bentangkan Kertas kerja atau diberi penghormatan berucap di peringkat Antarabangsa? Nak dengar ucapan TGHH di pentas antarabangsa? Korang tekan link di bawah :









Kelima, pernah tak anda dipilih sebagai Timbalan Kesatuan Ulama Se-Dunia dipimpin oleh tokoh ulama Sedunia Syeikh Yusuf al-Qaradawiy (ketika itu) ? Nak jadi ahli kesatuan pun payah, di Malaysia hanya 3,4 orang sahaja yang dikenali sebagai ahli kesatuan ini.
Hadi Awang bersama Yusof Qardawi

Keenam, ada tak pimpinan dan bekas pimpinan organisasi hebat umat Islam Ikhwanul Muslimin dan HAMAS dari Palestin datang ke Malaysia untuk berjumpa dengan anda sebelum berjumpa dengan Perdana Menteri Malaysia?
Hadi Awang menerima kunjungan pemimpin Hamas, Palestine.

Ketujuh, pernah tak anda dilihat tokoh yang menyatupadukan pelbagai aliran mazhab dan aliran pemikiran dalam Islam yang masih mempraktikkan Tauhid kepada Allah di seluruh dunia? Seorang tokoh yang diterima oleh pihak Salafi dan Khalafi (pondok) berdasarkan pendidikan dan pandangan kontemporari yang dikemukakannya.

Kelapan, pernah tak anda lihat seorang tokoh agamawan yang dikunjungi hormat oleh para pendakwah Arab dan Nusantara yang lain di rumah kayu buruknya?
Menerima kunjungan Ulama terkenal Indonesia

Kesembilan, pernah tak anda lihat seorang tokoh politik yang menjadikan Islam sebagai hujah dan siyasah syar'iyyah sebagai kaedah berpolitik dan pemikirannya MENDAHULUI ZAMAN? Teringat isu PAS VS DAP, UNITY GOVERMENT (UG) dan KERAJAAN TEKNOKRAT sebagai contoh yang telah 'disentuh' oleh Tuan Guru 5,6 tahun sebelum 'difahami' oleh rakyat apabila kejadian sudah berlaku?

Bukan taksub, bukan ingin memuji-memuja namun inilah hakikat yang TAK RAMAI rakyat Malaysia tahu.

Semua kenyataan di atas merujuk kepada seorang ULAMA dari MALAYSIA iaitu DATO' SERI TUAN GURU HAJI ABDUL HADI BIN AWANG, PRESIDEN PAS atau nama timangan TUAN GURU AYOH CHIK.

Hadi Awang ketika di Lahore, Pakistan

Selain itu banyak lagi sumbangan beliau dalam misi keamanan dunia Islam yang tidak dapat saya catatkan di sini disebabkan TIADA PENGAKUAN RASMI daripada beliau NAMUN DIHIGHLIGHT oleh NGO dan INDIVIDU PERSEORANGAN yang terlibat dalam hal ini terutamanya berkaitan krisis umat Islam di Iraq, Filipina dan sebagainya.

Sekadar penulisan ringkas dari saya, seorang abnaul harakah, seorang yang berada dalam tarbiyah Tuan Guru Ayoh Chik dari kecil.

Walau pun tiada pertalian keluarga, tinggal jauh dari beliau, namun ketokohan, kredibiliti dan Ilmu beliau mempengaruhi jiwa kami anak-anak muda.

Artikel ini ditulis oleh Ciksu Hana Hadi 

Ulasan Tun Carlos:
Sebenarnya Haji Hadi mampu menarik pemimpin negara-negara yang menyokong gerakan Ikhwanul Muslimin (Muslim Brotherhood) seperti contoh Turki dan Qatar yang sememangnya kaya dengan sumber minyak untuk melabur dan menguatkan lagi hubungan diplomatik dengan Malaysia. 

Manakala Dato Seri Hishamuddin Hussein pula mempunyai hubungan baik dengan negara-negara yang lain termasuk negara timur tengah yang Pro-Arab Saudi. 

BACA: Hadi Awang dedahkan Pakatan Harapan disokong gerakan Freemason dan Zionis

BACA: Lapisan ozon semakin pulih kesan dari Covid-19

Video rasmi Biodata Peribadi TGHH ada dalam YouTube ini.