Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Kadir Jasin cuba jadi batu api, dakwa UMNO buli Muhyiddin


Penasihat media Tun Mahathir, A Kadir Jasin dilihat berusaha gigih untuk menjadi batu api antara penyokong Muhyiddin dalam Bersatu dengan UMNO.

Menurut sumber, musim Perintah Kawalan Berkurung (PKP) yang sedang berlaku sekarang telah  menyebabkan pendapatan beliau semakin berkurangan. Mungkin sebab itu beliau dilihat bersungguh-sungguh dan gigih lakukan kerja tambahan demi sesuap dedak. Wallahuaklam.

Dalam posting terbaru Kadir, beliau mendakwa Umno sedang membuli Muhyiddin Yassin. Kenyataan itu susulan tersebarnya surat yang dikatakan dihantar Ahmad Zahid Hamidi kepada Perdana Menteri.

Surat Presiden UMNO kepada Muhyiddin yang tersebar




"Lihatlah macam mana Muhyiddin dilayan oleh Umno. Atau lebih tepat dibuli.

"Ini surat presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi, sendiri.

"Mula-mula bagi salam dan panjangkan doa. Lepas itu buat cadangan dan akhir sekali gugurkan bom," katanya malam ini pada suatu hantaran di media sosial.

Berdasarkan sepucuk surat ditandatangani presiden Umno parti itu menuntut agar Pengerusi Umno Sabah, Bung Moktar Radin, dijadikan pengerusi Jabatan Pembangunan Persekutuan Sabah.

Pemimpin Umno masih belum mengesahkan kesahihan surat bertajuk "Cadangan dan tuntuan Umno Sabah" tersebut.

Dalam surat sama, Ahmad Zahid turut meminta agar Anggota Parlimen Kimanis, Mohamad Alamin, dilantik sebagai timbalan menteri di peringkat persekutuan, manakala bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri, Abdul Rahman Dahlan, dicadang agar dilantik sebagai Ahli Dewan Negara mewakili Sabah.




Turut disenaraikan dalam tuntutan berkenaan ialah Timbalan Ketua Umno Sabah merangkap ahli majlis tertinggi parti itu, Yakubah Khan, supaya dilantik menjadi pengerusi Lembaga Pelabuhan Labuan.

Kadir pada hari ini turut menjelaskan Muhyiddin kini berhadapan dengan berbagai-bagai tuntutan daripada parti komponen PN, khususnya mengenai pembahagian jawatan dalam kerajaan.

"Ini tuntutan yang kita tahu. Yang kita tidak tahu entah macam mana.

"PAS lagi teruk. Mula-mula seorang Menteri PAS (Takiyuddin Hassan) umum kata MP Perikatan Nasional yang belum ada jawatan akan dilantik ke GLC.

"Belum apa-apa seorang lagi Menteri PAS (Khairuddin Aman Razali) dah lantik member dia ke Lembaga Getah Malaysia," dakwa bekas penasihat kepada perdana menteri ketujuh Dr Mahathir Mohamad itu.




"Tak malu kah parti Bersatu tengok presiden dibuli oleh Umno dan PAS secara terbuka?"soal Kadir lagi di Facebook cuba untuk menjadi batu api.

Beliau juga menyoal cara PN mentadbir negara dengan membuang golongan profesional dan berebut jawatan kosong macam orang kebuluran.

Padahal ketika PH menjadi Kerajaan, rakyat melihat mereka lebih teruk dari itu sehinggakan jawatan Peguam Negara dan juga Ketua SPRM pun mereka berebut bagai biawak yang kebuluran.

Penyudahnya rakyat sendiri menghukum mereka di 5 Pilihanraya Kecil. PH kalah teruk dan mereka dimalukan seaib-aibnya.

Pemimpin dan penyokong Pakatan Harapan dilihat masih tidak boleh menerima hakikat kekalahan yang disebabkan oleh mereka sendiri setelah Perdana Menteri ke 7, Tun Mahathir meletak jawatan akibat desakan daripada pihak Anwar Ibrahim yang menggelabah telur untuk menjadi Perdana Menteri sebelum Mei 2020.

Apabila Muhyiddin berjaya membentuk Kerajaan baru bersama UMNO dan PAS, pemimpin PH berusaha meracuni pemikiran rakyat dan saki-baki penyokong mereka dengan mempersalahkan Muhyiddin yang menjadi punca kehilangan kuasa mereka. Kesian.

-Tun Carlos