Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Kadir Jasin meroyan perbicaraan Najib terlalu lama, kecewa sidang Parlimen tangguh


Bekas penasihat media kepada Tun Dr Mahathir Mohamad, A. Kadir Jasin hari ini meroyan lagi setelah mengetahui wang 1MDB yang diseleweng oleh Jho Low telah dipulangkan oleh Jabatan Kehakiman DOJ Amerika Syarikat sebanyak RM1.3 Billion kepada kerajaan Malaysia.

Di dalam penulisannya di Facebook, beliau juga berkata kerajaan PN ditubuhkan tanpa mandat. Ini jelas bermakna Kadir menghina kebijaksanaan YDP Agong kerana Kerajaan PN ini dipilih oleh YDP Agong.




Kadir juga turut menegur Kerajaan PN supaya menghormati kebebasan badan kehakiman yang kini sedang membicarakan Najib serta beberapa pemimpin kanan Umno.

Berikutan dari pemulangan wang 1MDB itu, beliau mendesak supaya Kerajaan PN tidak memanjangkan dan melengahkan lagi perbicaraan ke atas Najib Razak. Katanya, dalam bidang kehakiman, keadilan yang dilengahkan sama seperti menafikan keadilan.

Untuk rekod, selama 22 bulan Pakatan Harapan menjadi kerajaan, sudah beberapa kali perbicaraan Najib mereka telah lengahkan dengan pelbagai alasan bodoh tak masuk akal seperti dokumen tak lengkap, printer rosak dan sebagainya.




Sejak PH menang PRU14 pada Mei 2018 sehinggalah Perdana Menteri ke 7 letak jawatan kerana mendapat tekanan daripada Anwar Ibrahim yang tak sabar-sabar mahu jadi PM ke-8, pihak pendakwaan masih gagal membuktikan Najib terlibat dalam menyeleweng atau mencuri walau 1 sen dari 1MDB.

Apa yang memusykilkan semua netizen, dalam penulisannya Kadir langsung tidak menggesa kerajaan untuk segera tangkap dan hadapkan Jho Low ke muka pengadilan dengan segera walaupun DOJ sendiri yang mengesahkan duit itu adalah yang diseleweng oleh Jho Low.

Menurut Kadir lagi, beliau juga kecewa kerana Kerajaan PN melengah-lengahkan sidang Dewan Rakyat kononnya PN ingin sembunyikan sesuatu daripada rakyat.




"Kalau kita lupa dan alpa kita mungkin akan kena tipu sekali lagi. Sebab itu kita kecewa dan bimbang apabila sidang Dewan Rakyat ditangguhkan. Macam ada benda yang hendak disembunyikan atau dinafikan daripada kita," tulis Kadir di Facebook.

Pada waktu sekarang pihak kerajaan dan juga pekerja barisan hadapan sedang bertungkus-lumus fokus untuk memutuskan rangkaian jangkitan wabak Covid19.

Hairan pula kenapa penasihat Tun Mahathir yang bijaksana masih sebok mahu adakan sidang Dewan Rakyat ketika kita masih berdepan dengan pandemik ini.

Mungkin beliau cuba untuk memperbodohkan sebilangan kecil pengikut PH yang masih menyokong dan mempercayai mereka.

-Tun Carlos