Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Kantoi, rupanya Khalid Samad yang luluskan himpunan tabligh



Dari Facebook DS Najib Razak:

Hari itu, bekas Menteri Kesihatan tanya bekas Menteri KDN (yang juga PM8) kenapa PDRM pada 13 Feb 2020 telah luluskan penganjuran ijtimak tabligh dengan 16,500 peserta.

Hari ini, Najib tanya bekas Menteri Wilayah Persekutuan kenapa DBKL keluarkan surat tiada halangan pada 17 Feb 2020 untuk penganjuran ijtimak tabligh tersebut.

Siapa Menteri WP yang jaga DBKL pada 17hb Feb 2020?

Khalid masih nak salahkan PM ke-8 atau Langkah Sheraton untuk kluster Covid tak?




Untuk rekod, PH sudahpun U-turn semalam setelah saya dedahkan bekas Menteri Kesihatan PH pernah perintahkan tiada keperluan untuk menunda aktiviti yang melibatkan orang ramai seperti majlis keramaian atau penutupan sekolah seperti disarankan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 11 Feb 2020.

Sejak semalam, PH dah tukar pendirian bahawa ianya tidak salah untuk kerajaan luluskan himpunan tabligh tersebut.

"19 April 2020: Bekas timbalan menteri kesihatan beritahu sebab himpunan jemaah tabligh dibenar," Rujuk artikel di sini.

Pada 17 Feruari lalu, kes positif covid-19 di Malaysia mencecah 22 orang. Manakala jumlah kematian di China ketika itu sudah mencecah lebih dari 1000 orang.

Seorang lelaki berumur 40 tahun dari Selangor telah disahkan positif covid-19 pada 3 Februari selepas balik dari Singapura.

Ketika itu kerajaan Pakatan Harapan masih tidak telus menunjukkan  perjalanan dan kontak rapat pesakit tersebut. Pelancong asing juga masih bebas keluar masuk negara.

-Tun Carlos



Surat kelulusan himpuna ijtimak tabligh