Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Kantoi, video parodi dikatakan hina Ustaz Ebit dilakonkan oleh orang DAP dan Amanah


KUALA LUMPUR – Sejak beberapa hari lalu, nama pendakwah bebas terkenal, Ustaz Ebit Lew semakin hangat diperkatakan selepas beliau dan pasukannya memberi bantuan kepada satu keluarga di Kedah.

Beliau diserang daripada pelbagai pihak, termasuk pegawai khas kepada Menteri Besar Kedah, individu dan kumpulan organisasi lain.

Di laman-laman media sosial, pelbagai tuduhan telah dilempar terhadap pendakwah bebas berbangsa Cina itu.

Sejak tiga hari lepas, tular pula sebuah video yang dipercayai menghina aktiviti dakwah Ebit dan menghina orang-orang miskin yang menerima sumbangan tersebut.




Menurut sumber, salah seorang daripada pelakon dalam video tersebut, Rosly Yusof merupakan pegawai kepada Ahli Parlimen DAP, Bukit Mertajam, Steven Sim.

Rosly Yusof yang berlakon dalam video jijik tersebut (yang memakai mask dalam video)


Turut berlakon dalam video tersebut, Muhammad Fitri Termizi, yang juga merupakan Naib Ketua Pemuda AMANAH Pulau Pinang.

Fitri Termizi yang berlakon sebagai Ustaz di dalam video jijik tersebut


Walaupun tidak dinyatakan dengan jelas tujuan video tersebut dan tidak menyebut mana-mana nama, netizen sudah dapat mengagak ciri-ciri yang dilakonkan semula menggambarkan situasi yang sama dalam kebanyakkan video Ebit Lew.

Menerusi perkongsian di Facebook, video tersebut mendapat kecaman dari netizen yang tidak berpuas hati dengan tindakan pelaku di dalam video tersebut.

Antara lain, netizen menganggap perbuatan dan video sindiran tersebut sebagai bodoh dan pelbagai lagi kecaman lain.

SuaraTV telah menghubungi Rosly Yusof, yang juga merupakan pelakon dalam video tersebut, tetapi gagal mendapat sebaran respon. – SuaraTV/Cinca

BACA: Kerajaan jual aset untuk bantuan krisis covid, PH jangan sebok -Najib